BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, August 31, 2008

Selamat Berpuasa Kepada Semua





Perutusan khas sempena Ramadan al-mubarak
Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang


Sun | Aug 31, 08 | 6:55:49 am MYT

Umat Islam seluruh dunia termasuk di Malaysia menyambut kedatangan bulan yang paling mulia dalam kalendar Islam, Ramadan al-Mubarak dengan penuh kegembiraan dan keinsafan.

Ia bukan sekadar bulan diwajibkan berpuasa tetapi lebih penting pada bulan ini hukum dan perlembagaan tertinggi buat umat manusia, al-Quran, diturunkan Allah SWT.

"Bulan Ramadhan, yang di dalamnya diturunkan al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan (antara yang benar dan salah)." (maksud al Baqarah: 185)

Melalui al-Quran, maka Allah menyelesaikan segala kemelut dan permasalahan manusia khasnya bagi mereka yang mahu menjunjung dan melaksanakannya.

Oleh itu bulan Ramadan ini bukan sekadar bulan ruhiyah (spiritual) bagi mereka yang tekun menghayatinya tetapi ia sebenarnya bulan siyasiyah (politik) kerana di bulan inilah hukum dan peraturan lengkap bagi manusia diperturunkan Allah SWT kepada Rasul-Nya s.a.w.

Di samping kita mengejar manfaat dan kelebihan Ramadan sebagai bulan ruhiyah kita juga wajar menghayatinya sebagai bulan siyasiah bagi mengembelengkan seluruh tenaga dalam meyakinkan segenap lapisan masyarakat bahawa formula untuk menyelamatkan agama, bangsa dan negara kita hanyalah apabila kita kembali kepada al-Quran yang diturunkan pada bulan ini di samping berpegang teguh kepada Sunnah Rasul-Nya.

Di bulan penuh barakah ini jangan sekali-kali kita lupa nasib saudara-saudara kita di bumi Islam yang sedang bergolak khasnya di Palestin, Iraq dan Afghanistan, di samping mereka yang sedang bertarung nyawa di Chechnya, Selatan Filipina, Selatan Thai dan lain-lain.

Titipkanlah doa di bulan yang penuh rahmat ini, mudah-mudahan Allah SWT memberikan kemenangan dan kejayaan kepada mereka setelah sekian lama hidup dan menderita dalam kesengsaraan, darah dan air mata.

Semoga Ramadan ini mampu membangkitkan kesedaran kita untuk mempertingkatkan amal ibadat menuju keredaan Allah di samping menyedarkan kita bahawa hanya Islam penyelamat kita di dunia dan di akhirat, lantas marilah kita sama-sama kembali kepadanya.

Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan "Ramadan Kareem" kepada semua umat Islam, mudah-mudahan kekuatan dan semangat yang terbentuk sepanjang Ramadan ini akan terus memperteguhkan iltizam kita untuk sama-sama membela, mempertahan dan memperjuangkan Islam hingga ke akhir hayat. - mks.

Presiden PAS_

Sunday, August 24, 2008

Hadiah Teristimewa, kisah benar guru tadika


Kisah Benar...
Pagi 16 Mei 2005, saya dikejutkan dgn beberapa org anak murid yg meluru ke arah saya. Wajah mereka berseri-seri lalu masing-masing menghulurkan bungkusan berwarna-warni. "Cikgu...selamat Hari Guru!" kata mereka bertepuk tangan sambil berlari-lari anak mengelilingi saya. Memang saya terkejut kerana sebelum itu tidak pernah saya khabarkan pada anak-anak murid tentang tarikh sambutan Hari Guru, apalagi mengingatkan mereka. Bagi saya mereka terlalu muda dan belum dapat menilai erti sambutan Hari Guru. Rupa-rupanya saya silap. Tanpa saya menyangka pagi itu meja saya dipenuhi pelbagai jenis hadiah. Hari itu saya rasakan terlalu indah.Saya rasa disanjungi, lalu pipi anak-anak murid saya kucup tanda merghargai pemberian dan ingatan mereka.

"Terima kasih...bagitau ibu, cikgu ucapkan terima kasih, ya!" pesan saya pada Arina lalu satu kucupan singgah dipipi gebunya. Di sisi Arina, saya lihat Mariam tersengih-sengih.

"Cikgu...Mariam pun nak bagi hadiah. Tapi tak bawa hari ni, lupa. Boleh
cikgu, ya?" kata anak kecil itu bersungguh.

"Tak payahlah Mariam. Tak bagi pun tak apa, cikgu bukan minta hadiah, cukuplah Mariam ucap Selamat Hari Guru buat cikgu. Itu pun sudah buat cikgu gembira." Saya cuba memujuknya kerana tidak mahu menyusahkan Mariam dan anak-anak murid yang lain.

Sebagai cikgu, saya tahu serba sedikit latar belakang keluarga mereka. Kerana itu saya tidak mahu ada di antara anak-anak murid saya yang bersusah payah menyediakan hadiah, lebih-lebih lagi Mariam. Dia bukan anak orang senang, ibu bapa Mariam membesarkannya hanya dengan meraut lidi, mencari daun getah kering lalu menjualkannya. Sebab itu saya tidak mahu Mariam rasa bersalah bila melihat teman-teman yang lain memberikan hadiah sedangkan dia tidak membawa apa-apa. Bagi saya, lebih baiklah duit yang ada itu digunakan oleh ibu bapa Mariam untuk makan minum keluarganya, atau belikan baju baru untuk Mariam buat menggantikan baju yang kusam dan masam dek peluh.

Saya gembira mendidik murid seperti Mariam. Biarpun ibu Mariam sudah lama meninggal dunia namun anak kecil itu masih bertuah kerana ibu tirinya menyayangi Mariam tidak ubah seperti anak kandung sendiri. Buktinya setiap pagi saya lihat anak kecil itu datang ke tadika sambil dipimpin ibunya, berjalan kaki sejauh 2 kilometer setiap hari. Kalau ada yang bersimpati, di tengah perjalanan ada keluarga murid-murid lain akan menumpangkan Mariam. Kalau tidak Mariam akan terus berjalan kaki dalam panas gerimis, pergi dan balik. Begitulah setiap hari.

Esoknya sekali lagi meja saya dipenuhi dgn pelbagai jenis hadiah. Kali ini datang daripada anak-anak murid yang tidak sempat memberikannya semalam. Saya hanya mampu menggeleng-gelengkan kepala bila mana sambutan Hari Guru tahun ini benar-benar meriah. Seperti biasa, pagi itu saya berdiri di hadapan pintu menyambut seorang demi seorang ibu bapa yang datang menghantar anak masing-masing. Di muka pintu sekolah, saya dengar seorang bapa berpesan; "Hadiah tu bagi kat cikgu tau." Tatkala itu saya benar-benar tersentuh kerana saya langsung tidak menyangka cukup dihargai oleh anak-anak murid yang masih kecil usianya. Dari halaman, saya lihat Mariam berpimpinan tangan dgn ibunya. Saya sambut kedua-dua mereka dgn senyuman. Sama seperti pagi-pagi sebelumnya, Mariam tiba di tabika dgn keadaan tubuh yg bermandikan peluh. Bajunya basah namun kanak-kanak itu tetap ceria, tersenyum seperti biasa.

"Cikgu! Mariam bawa hadiah untuk cikgu!" laungnya sambil ketawa.

"Kan cikgu dah pesan, Mariam tak payah bagi cikgu hadiah," kata saya lalu
mengusap rambut Mariam yang bertitisan peluh, dgn rasa kasih yg mendalam.

"Tak apa....hadiah ni best cikgu!" kata Mariam bersungguh-sungguh. Mariam meletakkan begnya di atas meja. Pantas jari-jemari comelnya membuka zip beg sekolahnya yang sudah pudar warnanya akibat dimamah cahaya matahari.

"Sekejap ya cikgu," kata Mariah yang masih tercungap-cungap kepenatan. Saya lihat Mariam mengeluarkan sesuatu dari dalam beg. Dia tersenyum sebaik menghulurkan segumpal surat khabar yang berkecai dalam genggamannya.

"Alaaa...koyak pulak, cikgu !," rungut Mariam penuh kekesalan.

Matanya membulat memandang saya yang masih setia menantinya. Beberapa anak-anak murid yang lain turut berdiri tidak sabar lihat apa yang Mariam keluarkan.

"Apa yang Mariam bawa tu?," saya tanya penuh hairan melihat sesuatu yang bulat dibungkus dengan surat khabar lama.

Saya dekati anak kecil itu lalu menyelak beg yang dibawanya. Di saat itu hati
tiba-tiba menjadi sebak sebaik melihat 5 biji buah bacang bertindihan dengan buku-buku tabikanya. Dada saya ini mula terasa berat, ada air yang mula bertakung dikelopaknya.

"Cikgu ambillah plastik, rumah Mariam tak ada plastik sebab tu mak bungkus dengan kertas. Tapi koyak pulak," katanya lincah sambil sebiji demi sebiji buah bacang dikeluarkannya dari dalam beg sekolah. Gelak tawa kawan-kawannya mula kedengaran namun Mariam masih tersenyum lalu matanya merenung saya dengan pandangan yang cukup sayu.

"Cikgu...cikgu tak suka buah bacang ke?," tanya anak kecil itu bila melihat saya merenung wajahnya dan 5 biji buah bacang yang bergulingan di atas meja. Saya cuba tahan airmata supaya tidak mengalir. Terlalu sebak rasanya.

"Takkkk..cikgu...cikgu suka sangat. Balik nanti cikgu buat sambal belacan ya," kata saya, perlahan. Suara saya bagai tersekat di kerongkong. Dapat saya lihat anak kecil itu mengukir senyum. Saya peluk tubuhnya yang masih bermandikan peluh. Tidak dapat saya gambarkan bagaimana anak kecil itu membawa 5 biji buah bacang sambil berjalan kaki sejauh 2 kilometer. Saya kucup pipinya beberapa kali lalu tidak henti-henti ucapan terima kasih saya bisikkan ke telinga Mariam.

"Bagitau mak...cikgu suka buah bacang. Terima kasih, ya," ucap saya lagi. Anak kecil itu mengangguk.

"Tengok, Mariam pun bagi hadiah kat cikgu jugak," katanya kepada kawan-kawan sambil tersenyum riang.

"Eleh...buah bacang bukan hadiah. Orang bagi hadiah kena bungkus lawa-lawa, bukan dengan kertas koyak." kata seorang anak murid yang masih tidak mengerti nilai sebuah hadiah yang sebenar-benarnya.

"Tak apa...semua hadiah cikgu suka. Balut lawa atau tidak semuanya sama. Cikgu sayang semua anak-anak murid cikgu," saya ucapkan kata-kata itu agar hati dan perasaan anak sekecil Mariam tidak terguris.

Dapat saya lihat Mariam sekali lagi ketawa lalu bertepuk suka. Beberapa titis airmata yang sejak tadi saya tahan, akhirnya tumpah dipipi. Cepat-cepat saya mengesatnya bimbang anak-anak kecil yang suci dan bersih itu perasan kerana mereka belum dapat menyelami perasaan seorang insan yang bergelar guru. Buah bacang pemberian Mariam itu saya bawa pulang dengan perasaan bangga bercampur hiba. Walaupun ia hanya 5 biji bacang, tapi hadiah itu amat istimewa. Wajah Mariam, bajunya yang dibasahi peluh dan senyumannya yang ikhlas bermain-main diruang mata saya. Tengah hari itu sambal belacan buah bacang menjadi santapan kami sekeluarga dan semasa menelannya, beberapa titis airmata ini tumpah lagi ke pipi. Terima kasih Mariam. 5 biji bacang itu merupakan hadiah paling bermakna
buat cikgu dan cikgu tidak akan lupakan sampai bila-bila.

Cikgu Rokiah - Kulim, Kedah.

Pendaftaran Ar-Raihan


Salam. Semalam saya sempat menjaga kaunter PASTI yang akan ditubuhkan pada tahun 2009 Pasti Ar Raihan dalam program Karnival Islam anjuran Khidmat Masyarakat Dun Sri Serdang. Sambutan pada pagi itu tidak begitu menggalakkan, dan ianya mempengaruhi kaunter Pasti tersebut..Pun begitu terdapat juga ibubapa yang mendaftar untuk anak mereka di Pasti. Saya mengharapkan pada petang dan malamnya, lebih ramai pengunjung yang akan hadir.

Saya cukup teruja dengan semangat ajk Pasti tersebut terutama sdra Fazle dan seorang lagi ajk yang saya kurang pasti namanya. Terima kasih juga kepada bakal guru Pasti iaitu sdri Faezah yang sentiasa berada di kaunter sepanjang saya berada di sana.

Sebagai salah seorang MGP kawasan Puchong, saya mengharapkan.. saya mendoakan agar Pasti baru ini akan mendapat tempat dihati penduduk setempat. Insyaallah kami guru-guru PASTI akan sentiasa komited dalam mendidik anak bangsa..insyaallah..

Thursday, August 21, 2008

What Are You Doing Teaching Preschool

Original Author Unknown

There are those days when the logical mind says,
you must move on and do a better job of supporting yourself.
Those days when the logical mind say,
why did you choose this career, it is not reasonable.
If the heart can still the mind, then the answers are apparent.
Perhaps logic did not play a great part in choosing our jobs as teachers.
If we are truly teaching life’s most important lessons to the little ones.
The lesson of love, to love oneself unconditionally
and to share that love with others.
Perhaps we were guided and chosen to be in this place.
For teaching love in a crowded,
confused and often angry world,
is not something everyone can do.
Though our wallets may not be overflowing,
How many people are hugged and told they are loved by the people
they work with each day?
How many people own original art works created expressly for them?
How many jobs allow you to wipe away tears
and make the world a better place for others?
How many people are allowed to see a tired,
weary world through fresh new eyes, where all things are possible,
To hear laughter and joy for no big reason, just for being?
When the logical mind says, what are you doing teaching young children?
Listen to your heart one more time.

Saturday, August 16, 2008

Ihtifal peringkat Negeri Selangor





















Pasti Kawasan Puchong telah menghantar 7 penyertaan ke Ihtifal Pasti Negeri yang berlangsung di Sek Men Agama Tanjung Karang pada 10 Ogos 2008 (Ahad). Kami bertolak ke sana pada jam 7.30pg menaiki sebuah bas yang ditempah khas.
PAsti Puchong hanya mendapat tempat tempat yang ke dua dalam pertandingan sajak (L) dan tempat ke 3 dalam sajak (p) manakala penyertaan lain hanya mendapat tempat saguhati sahaja.

Thursday, August 14, 2008

Sambutan Hari Guru Pasti Negeri

Sambutan Hari Guru PASTI Selangor telah berlangsung dengan jayanya pada 20 Julai 2008 Ahad bertempat di Foodcourt Glenmarie, Shah Alam. Majlis Dirasmikan oleh Yang Berhormat Dr. Ahmad Yunus b. Hairi (ADUN Sijangkang).

Pada Hari tersebut, cik Rusilawati telah terpilih sebagai Guru Cemerlang untuk Kawasan Puchong. TAHNIAH dari kami, semoga Ila dapat teruskan khidmatnya yang cemerlang untuk MGP Puchong dan khasnya di Pasti Ainul Mardhiah tempat beliau mengajar.

Pada Sebelah petangnya pula berlangsung Mesyuarat Agong Majlis Guru-guru PASTI Selangor. MGP Kawasan Puchong telah menghantar 8 orang perwakilan.

Sunday, August 10, 2008

Ihtifal Pasti Kawasan Puchong

Kami telah mengadakan Ihtifal Pasti Kawasan Puchong pada 19 Julai 2008 sabtu bertempat di Dewan Orangramai MPSJ. Majlis berjalan lancar dan meriah dengan kedatangan ibubapa yang turut sama memberi sokongan kepada anak-anak pelajar Pasti.

Pasti As-Syifaa turut sama menghantar wakil iaitu pasukan nasyid, hafazan lelaki, hafazan perempuan dan azan.




Berikut adalah Penyertaan penuh dari Pasti Kawasan Puchong ke Ihtifal Negeri Selangor.

Bil Nama Acara Nama Peserta
1 Azan (L) AHMAD IQBAL BIN AHMAD JALANI
2 Khutbah (L) Tiada penyertaan
3 Bercerita (P) ALYA FARHANAH BT HANAFI
4 Hafazan (L) NIK MUHD SAFWAN BT NIK RASHID
5 Hafazan (P) MUNIRAH MUNAWWARAH BT K. HISHAM
6 Bersajak (L) AHMAD MUSS'AB B BIN MUHAMED SALEH
7 Bersajak (P) RABIATUL MASYITAH BT AZLI
8 Pidato (P) Tiada Penyertaan
9 Nasyid MUHD AMMAR HAIKAL B AZLAN
10 Nasyid MUNIRAH MUNAWWARAH BT KHAIRUL HISHAM
11 Nasyid DURRANI AFIQAH BT KAMARUZAMAN
12 Nasyid MUHD HAZIQ B HAMZAH
13 Nasyid MUHD AIMAN BIN SALIMI
14 Nasyid KHAIZURAN IDLAN BIN MOHD YUSOF
15 Nasyid MUHD SAFWAN BIN M. SAIDI
16 Nasyid WAN SILMI B WAN SHUKRI
17 Nasyid MUHD ABDUH BIN MUHAMAD ARIF
18 Nasyid HUZAIFAH BIN AHMAD ZAMRI

Tuesday, August 5, 2008

Majlis Guru Pasti Kawasan Puchong



Assalamualaikum wbt,

Alhamdulillah setelah sekian lama saya bercita-cita untuk mengadakan satu blog khas untuk guru-guru Pasti Kawasan Puchong akhirnya terlaksana petang ini.

Banyak yang ingin saya paparkan disini, mudah-mudahan Allah permudahkan saya untuk melakukannya, insyaallah.