BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, December 30, 2008

Kursus Kepimpinan MGP

salam..

Pada 28 dan 29 Disember 2008 Pasti Negeri Selangor telah mengadakan Kursus Kepimpinan untuk wakil MGP seluruh Selangor bertempat di Sungai Congkak (DCF). Seramai 4 orang wakil dari setiap Kawasan sepatutnya hadir. Ianya terdiri dari Ketua MGP. Timbalan, SU dan Bendahari. MGP Kawasan Puchong telah menghantar 4 orang wakil yang terdiri dari Kak Zai, saya sendiri, Ila dan along merina. Terdapat kira-kira 50 orang peserta telah menghadiri program ini.

Terdapat 2 kertas kerja dan 2 bengkel dapat dibentangkan. Satu permainan menarik yang diberi nama terang gelap juga telah diadakan, walaupun ianya simple tapi banyak pengajaran yang telah diperolehi.

Antara gambar-gambar yang sempat dirakam..


MGP dari kumpulan 3 sedang melakukan tugasan yang diberi.


Ustaz Farhan sedang membentang kertas kerja ke 2.


Di dewan makan bersebelahan dengan sungai yang mengalir jernih.


Kalau macam ni mesti dah kenyang.. :-)



Permainan terang gelap..


Sebelum perlawanan, perbincangan mesti diadakan..


Dengar arahan..


Pengajaran dari permainan..

Keseluruhannya program ini berjaya, tapi pada saya agak kurang pengisian kecuali ceramah dari Ustaz Farhan.. memang best.. memberi motivasi, menyentuh hati..

Tuesday, December 23, 2008

Makluman kepada semua MGP Kawasan Puchong

Salam..

Sedikit makluman dan tugasan untuk semua guru terutama guru kanan (ketua guru):

1. Keahlian MGP.
Semua guru dikehendaki mengisi semula borang keahlian MGP Negeri Selangor, bayaran RM15 seorang. Borang akan diberi dalam mesyuarat MGP akan datang (11 Jan 2009, insyaallah). Pastikan guru datang mesyuarat membawa 2 keping gambar setiap seorang.

2. Kursus MGP khas untuk bakal graduan:

Tarikh: 26-28 Dis 2008
Tempat: D' congkak Forest
Bayaran: RM80
Pakaian: Jumaat (uniform MGP cawangan)
Sabtu (uniform MGP Kawasan)
Ahad (uniform MGP Negeri)

3. Untuk guru yang akan mengikuti Kursus Kepimpinan (4 orang dewan harian)
Tarikh: 28 dan 28 Dis 2008
Tempat: D' congkak Forest
Bayaran: RM20

4. Pertandingan Bola jaring dan bola sepak.

Mohon MGP melatih pelajar dari bulan Jan lagi terutama setiap hari jumaat semasa riadhah. Pertandingan akan diadakan seperti berikut:
Peringkat Kawasan - akan ditentukan dalam mesyuarat Pasti Kawasan
Peringkat Negeri - bulan April
Peringkat Kebangsaaan - bulan Jun

5. Ihtifal / Amal islami

Semua kawasan diminta menghantar wakil dalam semua acara yang diberi. Pada tahun ini ihtifal hanya diadakan hingga peringkat negeri Seklangor sahaja. Mengikut jadual pertandingan peringkat negeri adalah pada bulan Ogos. Kebiasaan ihtifal peringkat kawasan puchong akan diadakan seminggu atau 2 minggu dari tarikh pertandingan peringkat Pasti negeri.

6. Usrah MGP Kawasan.

Lajnah Tarbiyah Pasti Negeri meminta agar MGP Kawasan mengadakan usrah pada setiap bulan yang dikendalikan oleh MGP sendiri.

Sekian buat waktu ini. Sebarang pertanya harap dapa hubungi kak nor atau kak zai.

salam perjuangan buat semua MGP.

...Dari Pasti Negeri

PENDAFTARAN PASTI BARU 2009, HUTANG KAWASAN 2008, PENYELARASAN SEMULA MAKLUMAT PASTI CAWANGAN DI KAWASAN

Sukacita, ingin menarik perhatian tuan-tuan & puan-puan berkaitan perkara di atas.

1.Kawasan-kawasan yang ada membuka PASTI cawangan yang baru pada 2009, sila hantar borang Pendaftaran PASTI cawangan ke pejabat PASTI NEGERI Selangor bagi urusan sijil pendaftaran PASTI SELEWAT-LEWATNYA 15 DISEMBER 2008 .

2. Baki Hutang kawasan mohon diselesaikan sebelum 20 disember 2008

3. Sila ambil perhatian: mohon kepada semua pengerusi kawasan-kawasan supaya mengemas kini maklumat PASTI CAWANGAN dibawah kawasan masing2 untuk penyelarasan semula maklumat PASTI CAWANGAN-CAWANGAN 2009 NANTI.

BUTIRAN TERSEBUT adalah :
a) NAMA & ALAMAT PASTI.
b) NO PENDAFTARAN BESERTA salinaN SIJIL pendaftaran.
c) maklumat AJK: NAMA,ALAMAT & NO TEL.
d) GAMBAR muka depan PASTI CAWANGAN.
e) butiran murid 2009( mengikut jantina (lelaki& perempuan)dan jumlah semua murid) butiran murid sehingga tarikh 1 Feb 2009 .. #( dikemaskinikan sehingga 1 jun 2009 kemudian maklumkan jika ada perubahan)
f) bilangan kelas ( kelas 4tahun, kelas 5 tahun, kelas 6 tahun)
g) senarai maklumat guru (nama,no i.c)

sekian terima kasih

Yang Menjalankan amanah

Mohd. al-hafiz B. adzhan
SUK PASTI SELANGOR

Monday, December 22, 2008

Bengkel MGP Kawasan Puchong

Pada 13 Dis 2008, MGP Kawasan Puchong telah berjaya mengadakan bengkel Pengajaran dan Pembelajran terutamanya untuk panduan bagi MGP Pasti baru yang bakal beroperasi pada awal 2009 nanti. Ianya telah diadakan di bilik mesyuarat Dewan MPSJ Puchong Indah. Terima kasih kerana memberi ruang kepada kami mengadakan bengkel tanpa sebarang bayaran.

Cara pengajaran, silibus untuk setahun dan contoh ringkasan mengajar telah dibentangkan oleh wakil2 Pasti yang telah diberi tugasan. Masing2 menjalankan tugasan dengan baik kecuali Pasti Al Iqbal yang diberi tugasan untuk membentang subjek Jawi 5 dan 6 tahun tidak dapat hadir tanpa menghantar seorang pun wakil.

Secara keseluruhannya bengkel ini berjaya dan ianya amat membanggakan saya sendiri. TAHNIAH MGP Kawasan Puchong. All the best for all of you..

Oppss terlupa untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada cikgu Tina atas jamuan makan tengahari yang cukup istimewa.. terima kasih juga pada cikgu Asu kerana sediakan buah anggur...:-)







Hari Perasmian Pasti Putra Permai

Alhamdulillah. pada 14 Dis 2008 Pasti Putra Permai telah mengadakan upacara perasmian dengan penuh meriah dan sambutan yang menggalakkan. Kumpulan nasyid Fazs telah menyampaikan beberapa buah nasyid untuk menghiburkan tetamu yang hadir. Majlis ini bertambah meriah dengan adanya pertandingan mewarna dikalangan kanak2 yang telah datang sejak awal pagi. Tidak ketinggalan ianya turut disertakan dengan sumbangan beg sekolah kepada kanak-kanak miskin di kawasan tersebut.

Semoga dengan lahirnya Pasti baru ini dapat meriahkan lagi persada Pasti Kawasan Puchong dan diharapkan ianya dapat menjadi pilihan terbaik ibubapa dicawangan tersebut. Pasti Kawasan Puchong maju setapak lagi dengan kehadiran 2 pasti baru di tahun 2009 iaitu Pasti Ar Raihan dan Pasti Putra Permai.







Thursday, December 4, 2008

Kursus Untuk Bakal Graduan

Assalamu'alaikum w.r.t


Kepada :


Pengerusi Kawasan-kawasan,
Majlis Guru-guru PASTI Kawasan,
Guru-guru PASTI cawangan-cawangan.

Tuan/Puan,

KURSUS GURU PASTI TERAKHIR 2008

Perkara diatas dengan segala hormat dirujuk. Dimaklumkan bahawa PASTI Negeri Selangor akan mengadakan kursus bagi guru-guru PASTI seluruh negeri Selangor.

2. Makluman Kursus adalah seperti berikut :

KURSUS GURU-GURU PASTI
Tarikh : 26-28 Disember 2008(Jumat-Ahad)
Tempat : Pusat Latihan Penguatkuasa Selangor (Pulapis),Jugra,
Banting,Selangor Darul Ehsan.

Peserta : Guru-guru PASTI yang bakal konvokesyen,
seluruh negeri Selangor.

Guru-guru yang telah hadir 3 kali kursus asas atau lanjutan. silibus 5 tahun

3. Kehadiran guru-guru perlu dimaklumkan sebelum atau pada 7 DISEMBER 2008 (SERTAKAN NAMA & NO.KAD PENGENALAN). Sebarang masalah sila hubungi saya (0122800458) atau saudara Mohd Al-Hafiz B. Adzhan di talian 013-3449306. Perhatian yang tinggi serta kerjasama pihak tuan/puan amatlah dihargai.

Sekian ,terima kasih.



KEARAH PENGURUSAN CEMERLANG PASTI SELANGOR

PASTI FOR ALL



Yang Menjalankan tugas;

tt
..........................
Mohd Aslam Bin Mohd Khanani
Setiausaha Jabatan PASTI Negeri Selangor.

Sunday, November 30, 2008

PERTANDINGAN MENCIPTA LOGO- SAMBUTAN 25 TAHUN PASTI MALAYSIA



PASTI Malaysia akan menganjurkan satu pertandingan mencipta logo. Anda dipelawa untuk menyertai pertandingan ini.

TEMA

Logo Sambutan 25 Tahun PASTI Malaysia hendaklah memaparkan peranan PASTI Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan pra sekolah.

SPESIFIKASI

1. Saiz

Reka cipta logo Sambutan 25 Tahun PASTI Malaysia perlu disediakan dengan menggunakan aplikasi komputer dan disimpan dalam fail asal (softcopy) dan dalam bentuk hardcopy pada kertas bersaiz A4 (saiz logo 15cm x 15 cm atau 6 inci x 6 inci ) dan ditampalkan pada mounting board berwarna hitam.

2. Rasional Reka Bentuk

Setiap logo yang dicipta mesti disertakan dengan penerangan dan rasional dalam Bahasa Malaysia.

3. Warna

Persembahan logo boleh menggunakan tidak lebih daripada tiga warna,termasuk warna korporat PASTI Malaysia.

4. Keaslian logo

Reka bentuk logo mestilah asli dan tidak boleh mengandungi unsur yang dianggap sensitif dari segi kaum, budaya, dan agama serta sesuai digunakan oleh PASTI Malaysia.

SYARAT PENYERTAAN

1. Terbuka kepada semua.

2. Semua penyertaan hendaklah sampai ke alamat di bawah dan diterima sebelum atau pada
31 Disember 2008.

PASTI Malaysia
1027 Jalan Samudera Utama’
Taman Samudera Utama
68100 Batu Caves Gombak
Selangor

3. Setiap peserta boleh menghantar tidak lebih daripada tiga penyertaan. Setiap penyertaan mestilah disertakan dengan borang penyertaan yang lengkap diisi dengan butiran peserta. Borang penyertaan juga boleh disalin cetak atau diperolehi melalui laman web PASTI Malaysia : Bukti kiriman pos adalah bukan bukti penerimaan.

4. Peserta hendaklah memastikan keaslian logo yang dicipta terpelihara. Pihak PASTI Malaysia tidak akan bertanggungjawab sekiranya terdapat sebarang tuntutan daripada pihak ketiga ke atas hakcipta logo tersebut.

5. Setiap penyertaan logo yang diterima tidak akan dipulangkan dan akan menjadi hak milik PASTI Malaysia. Selain itu, PASTI Malaysia mempunyai hak untuk menggunakan logo yang diterima dan mendaftarkannya sebagai hak milik harta intelek PASTI Malaysia.

6. PASTI Malaysia juga mempunyai hak untuk mengubah suai logo yang direka cipta oleh peserta.

7. Pemenang akan dihubungi melalui pos, telefon, e-mel atau pemberitahuan menerusi media. Walau bagaimanapun, PASTI Malaysia berhak untuk tidak memilih pemenang di kalangan peserta yang bertanding sekiranya panel hakim memutuskan bahawa tiada peserta yang layak dianugerahkan sebagai pemenang utama.

8. Segala kos untuk menyertai pertandingan ini atas tanggungan peserta sendiri.

PENGADILAN

1. Setiap penyertaan akan dinilai dari aspek konsep, kreativiti, dan keaslian oleh satu panel juri yang dilantik oleh PASTI Malaysia.

2. Keputusan panel juri adalah muktamad dan sebarang surat menyurat tidak akan dilayan.

HADIAH

1. Satu hadiah sahaja yang akan diberi.

2. Peserta yang terpilih sebagai pemenang akan menerima hadiah wang tunai bernilai
RM 500.00 (Ringgit : Lima ratus sahaja) dan sijil penghargaan.

sumber: http://pastinegeriselangor.blogspot.com/

Monday, November 10, 2008

Peperiksaan Setara Kawasan Puchong

salam..

Peperiksaan setara kawasan Puchong telah diadakan pada 1 Nov 2008 sabtu bertempat di Pasti Al Mawardi. Setiap Pasti cawangan telah menghantar 2 orang pelajar terbaik 5 tahun dan 2 orang pelajar terbaik 6 tahun. Perperiksaan bermula jam 9:00 pagi dan telah diawasi oleh ajk Pasti Al Mawardi dan diketuai oleh Ustaz Asyrul.

Kertas peperiksaan telah disediakan oleh MGP negeri Selangor. Peperiksaan ini berjalan selama sejam. Keputusannya, Pasti Bestari telah mengungguli peperiksaan ini memenangi kedua-dua ketogori pelajar cemerlang 5 dan 6 tahun. Mereka akan mewakili Pasti Kawasan Puchong ke peperiksaan setara peringkat negeri Selangor yang telah pun diadakan pada 7 Nov 2008 jumaat.

TAHNIAH kepada adik Muhd Ridhwan (6thn) dan adik Nashrullah (5 thn) dari Pasti Bestari.

Saturday, October 25, 2008

Analisa peperiksaan akhir tahun

salam..

Mohon agar semua guru kanan Pasti Cawangan dapat melakukan beberapa perkara seperti di bawah:

1. Menghantar senarai nama penuh pelajar beserta dengan markah penuh. Ini adalah untuk dimasukkan ke dalam Buku Cenderahati Hari Kecemerlangan Pelajar Pasti Puchong 2008.
2. Sertakan bersama nama Tokoh Pelajar Pelajar Pasti masing2 dan nama pelajar yang mendapat anugerah Pelajar Kehadiran Istiqamah.
3. Sertakan sedikit biodata tokoh pelajar untuk dimasukkan ke dalam buku cenderahati nanti.
4. Analisa peperiksaan akhir tahun hendak menggunakan borang yang telah disediakan.

Semua perkara di atas hendaklah dihantar selewat2nya pada 28 Okt 2008 (selasa) melalui emel pasti_assyifaa@yahoo .com atau menghatar sendiri ke Pasti As-Syifaa.

Makluman, peperiksaan setara kawasan akan diadakan seperti butiran di bawah:

Tarikh: 3 Nov 2008 (Isnin)
Tempat: Sek Men Islam Puchong (SMIP)
Masa: 9pg.

Guru Kanan atau wakil dikehendaki menghantar pelajar 5 thn dan 6 thn yang mendapat tempat pertama dan kedua. Peperiksaan setara ini akan dikendalikan oleh ustaz Asyrul dan ajk Pasti Kawasan.

Diharap sangat agar guru2 dapat beri kerjasama dalam perkara ini, dan mudah-mudahan Allah mudahkan urusan kita. Amin.

Wednesday, October 15, 2008

Majlis Konvokesyen Pelajar Pasti Kawasan Puchong

salam..

Majlis Konvokesyen Pasti Kawasan Puchong akan di adakan seperti maklumat di bawah:

Tempat: Dewan Serbaguna Institut Pertanian Serdang
Tarikh : 8 Nov 2008/10 Zulkaedah 1429 (Sabtu)
Masa: 8:00 pg – 12:30 t/hari

Pihak pengurusan sedang cuba untuk mendapat Dr Halimah yang merupakan exco pendidikan Negeri Selangor sebagai Perasmi.

Diantara ketogori pelajar yang akan menerima hadiah adalah seperti berikut:

1. Tokoh Pelajar Kawasan
2. Tokoh Pelajar Setiap Pasti cawangan
3. Pelajar terbaik akedemik setiap Pasti Cawangan
4. Kehadiran istiqamah (kehadiran penuh) setiap pasti cawangan.
5. Hadiah saguhati untuk setiap pelajar.
6. Pemberian sijil untuk semua pelajar 6 tahun.

Adalah diharapkan program ini dapat berjalan lancar seperti yang dirancang.

Thursday, September 18, 2008

Sedikit Perubahan

Salam,

Kepada semua MGP, saya mohon maaf kerana terdapat sedikit perubahan kepada program Hari Raya yang akan kita adakan pada 11 Okt ini. Perubahan tersebut melibatkan:

Tarikh: 11 Okt 2008 (Sabtu) Tidak berubah
Tempat: Pasti Al Firdaus (sebelum ini An-Nur)
Masa: 3pm - 5pm (sebelum ini 9am - 1 t/hari)

Ini adalah permintaan daripada ajk Pasti Kawasan untuk kemudahan kita bersama. Dengan perubahan ini, tuan rumah Pasti Al Firdaus ditugaskan untuk menyediakan air. Dengar desas desus cikgu Almawardi juga minta untuk tukar menu, mungkin ada lagi beberapa perubahan kecil selepas ini.

Mgp kawasan Puchong akan mengadakan mesyuarat berkaitan perkara ini dan dan peperiksaan akhir tahun. Detailnya seperti di bawah:

Tempat: Pasti As-Syifaa
Tarikh: 6 Okt 2008 (selasa)
Masa: 3 pm

Diharap sangat agar MGP semua dapat hadir untuk memudahkan program yang akan kita sama2 adakan.

Thursday, September 11, 2008

TUGASAN BENGKEL MGP

Tugasan Sempena Jamuan Hari Raya MGP Kawasan Puchong

Tuesday, September 9, 2008

Mendidik Anak Kecil Berpuasa

Beri ganjaran berpatutan

Oleh NOOR HASLIZA NUSI
hasliza.nusi@kosmo.com.my

Si kecil mula bertanya tentang persiapan dan perkara yang perlu dilakukan sebaik sahaja Ramadan menjelang. Apakah yang perlu dilakukan ibu bapa untuk melatih anak berpuasa?



LATIHLAH si kecil berpuasa seawal usia 5 tahun.


PEPATAH Melayu sering mengatakan, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Ungkapan lama itu wajar menjadi pegangan ibu bapa dalam mendidik anak-anak. Berpuasa, antara ibadat yang wajar dilatih sejak kecil lagi.

Ia bagi membiasakan diri anak-anak dalam mengerjakan Rukun Islam yang ketiga. Namun, di sebalik menunaikan tuntutan-Nya ini, masih ramai ibu bapa tidak mengetahui apakah kaedah terbaik bagi mendidik si kecil agar menunaikan kewajipan berpuasa.

"Ayah, betul ke siapa yang tak puasa, tak boleh sambut hari raya?" atau "Perlu ke... adik berpuasa? Macam mana nak tahan lapar sepanjang hari" atau "Tak tahan tengok kawan-kawan adik makan di sekolah waktu rehat tadi," merupakan antara kata-kata yang seringkali keluar dari mulut seorang kanak-kanak sebaik sahaja Ramadan tiba.

Persoalannya, bagaimana hendak menerangkan pengertian sebenar Ramadan kepada anak-anak kecil? Lebih-lebih lagi apabila mereka mula bertanyakan tentang persiapan dan perkara yang perlu dilakukan?

Menurut Pensyarah Kanan Jabatan Pengajian Kenegaraan dan Ketamadunan, Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr. Amaludin Abdul Rahman, sudah menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk menjelaskan kepada anak-anak tentang pengertian sebenar bulan yang penuh kemuliaan ini.

"Puasa bermakna menahan diri daripada makan minum dan perkara yang membatalkan puasa. Mendidik anak-anak bukan sahaja dari aspek makan minum semata-mata, tetapi ibu bapa juga perlu menerapkan adab-adab orang berpuasa seperti tidak meludah, menguruskan masa dengan bijak, tidak melihat dan mendengar perkara keji atau buruk, menjauhi perbuatan haram dan mengehadkan tidur pada waktu siang," jelasnya di awal bicara.

Semua umat Islam katanya, diwajibkan berpuasa kerana ia merupakan amalan umat Islam terdahulu (diwajibkan pada tahun kedua Hijrah). Amalan puasa wajib merupakan salah satu cara untuk mendidik diri supaya sentiasa merendah diri, sabar, tanda ketinggian iman dan kemuncak amalan takwa.

Ditanya mengenai langkah paling berkesan untuk mendidik anak-anak kecil agar berpuasa, Amaludin berkata, untuk mendidik anak-anak berpuasa bukanlah semudah yang disangka.

MEREKA juga seharusnya dilatih supaya menghormati kawan-kawan lain yang mula berpuasa.

Katanya, ibu bapa seharusnya melihat pada suasana dan bagaimana anak dibesarkan.

"Anak-anak memerlukan dorongan yang kuat daripada ibu bapa dan persekitaran yang dilalui mereka. Jika mereka sudah bersekolah, kebiasaannya mereka akan membawa bekal.

"Jadi, beberapa hari sebelum Ramadan, ibu bapa boleh berhenti menyediakan bekalan makanan kepada anak-anak.

"Ajak dan pastikan anak-anak bangun sahur. Buat permulaannya, mungkin amat berat bagi mereka untuk bangun dan makan sahur, tetapi lama-kelamaan mungkin mereka akan seronok," jelasnya sambil menekankan kepentingan bersahur bertujuan sebagai persiapan untuk hari esok serta mengelakkan diri daripada diserang kembung perut.



Pada masa kini, kanak-kanak mudah berfikir. Didiklah mereka supaya mempunyai rasa malu kepada kawan-kawan di sekolah apabila membawa bekalan makanan.

"Anak-anak juga boleh dilatih supaya menghormati kawan-kawan lain yang mula berpuasa.

"Latihlah anak-anak berpuasa secara berperingkat. Namun, kebanyakannya bergantung kepada semangat dan kekuatan peribadi anak-anak itu sendiri. Sebagai permulaan, kita boleh mulakan agar anak-anak berpuasa separuh hari sahaja.

"Sekiranya anak-anak berasa tidak sabar untuk berbuka, biarlah mereka berbuka. Tetapi untuk menggalakkan mereka menghabiskan berpuasa sepanjang hari, biar mereka merasakan keseronokan sewaktu berbuka.

"Contohnya, bawalah anak-anak bersama ke Bazar Ramadan. Beri peluang kepada mereka untuk memilih juadah yang mereka gemari. Ini sebagai galakan untuk timbul rasa seronok dan tidak berfikir untuk berbuka," katanya.

Mengenai umur kanak-kanak yang seharusnya diajar berpuasa, katanya lagi, mereka sewajarnya dilatih sejak usia 5 hingga 6 tahun.

Selain itu juga, pemikiran anak-anak perlu diterapkan dengan didikan agama, supaya Ramadan tidak dijadikan sebagai pesta bunga api dan mercun.

Ditanya mengenai adakah unsur ganjaran perlu dipraktikkan dalam kalangan anak-anak sebagai elemen penggalak untuk mereka berpuasa, Amaludin berkata:

"Antara cara yang boleh dilakukan ialah memuji dan memberi ganjaran kepada anak-anak. Ini diharap dapat menambat hati mereka. Tetapi, biarlah berpatutan.

"Cara mudah adalah dengan memberi wang saku ketika mereka ke sekolah. Namun, pada bulan Ramadan ini, wang saku tersebut boleh diteruskan dan mintalah anak-anak menyimpan.

"Jika berkesan, jumlahnya boleh ditingkatkan atau digandakan sebagai pendorong kepada anak-anak untuk terus menyimpannya.

"Selain itu, apabila menjelang Syawal, anak-anak akan dibekalkan dengan pakaian baru. Oleh itu, si kecil yang berjaya berpuasa sebaiknya diberi pilihan istimewa untuk memilih pakaian atau barangan yang diperlukan.

"Mungkin pada awalnya mereka telah mendapat ganjarannya tetapi, apabila meningkat dewasa, kebaikan berpuasa itu boleh dirasainya sendiri," katanya.

Sunday, August 31, 2008

Selamat Berpuasa Kepada Semua





Perutusan khas sempena Ramadan al-mubarak
Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang


Sun | Aug 31, 08 | 6:55:49 am MYT

Umat Islam seluruh dunia termasuk di Malaysia menyambut kedatangan bulan yang paling mulia dalam kalendar Islam, Ramadan al-Mubarak dengan penuh kegembiraan dan keinsafan.

Ia bukan sekadar bulan diwajibkan berpuasa tetapi lebih penting pada bulan ini hukum dan perlembagaan tertinggi buat umat manusia, al-Quran, diturunkan Allah SWT.

"Bulan Ramadhan, yang di dalamnya diturunkan al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan (antara yang benar dan salah)." (maksud al Baqarah: 185)

Melalui al-Quran, maka Allah menyelesaikan segala kemelut dan permasalahan manusia khasnya bagi mereka yang mahu menjunjung dan melaksanakannya.

Oleh itu bulan Ramadan ini bukan sekadar bulan ruhiyah (spiritual) bagi mereka yang tekun menghayatinya tetapi ia sebenarnya bulan siyasiyah (politik) kerana di bulan inilah hukum dan peraturan lengkap bagi manusia diperturunkan Allah SWT kepada Rasul-Nya s.a.w.

Di samping kita mengejar manfaat dan kelebihan Ramadan sebagai bulan ruhiyah kita juga wajar menghayatinya sebagai bulan siyasiah bagi mengembelengkan seluruh tenaga dalam meyakinkan segenap lapisan masyarakat bahawa formula untuk menyelamatkan agama, bangsa dan negara kita hanyalah apabila kita kembali kepada al-Quran yang diturunkan pada bulan ini di samping berpegang teguh kepada Sunnah Rasul-Nya.

Di bulan penuh barakah ini jangan sekali-kali kita lupa nasib saudara-saudara kita di bumi Islam yang sedang bergolak khasnya di Palestin, Iraq dan Afghanistan, di samping mereka yang sedang bertarung nyawa di Chechnya, Selatan Filipina, Selatan Thai dan lain-lain.

Titipkanlah doa di bulan yang penuh rahmat ini, mudah-mudahan Allah SWT memberikan kemenangan dan kejayaan kepada mereka setelah sekian lama hidup dan menderita dalam kesengsaraan, darah dan air mata.

Semoga Ramadan ini mampu membangkitkan kesedaran kita untuk mempertingkatkan amal ibadat menuju keredaan Allah di samping menyedarkan kita bahawa hanya Islam penyelamat kita di dunia dan di akhirat, lantas marilah kita sama-sama kembali kepadanya.

Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan "Ramadan Kareem" kepada semua umat Islam, mudah-mudahan kekuatan dan semangat yang terbentuk sepanjang Ramadan ini akan terus memperteguhkan iltizam kita untuk sama-sama membela, mempertahan dan memperjuangkan Islam hingga ke akhir hayat. - mks.

Presiden PAS_

Sunday, August 24, 2008

Hadiah Teristimewa, kisah benar guru tadika


Kisah Benar...
Pagi 16 Mei 2005, saya dikejutkan dgn beberapa org anak murid yg meluru ke arah saya. Wajah mereka berseri-seri lalu masing-masing menghulurkan bungkusan berwarna-warni. "Cikgu...selamat Hari Guru!" kata mereka bertepuk tangan sambil berlari-lari anak mengelilingi saya. Memang saya terkejut kerana sebelum itu tidak pernah saya khabarkan pada anak-anak murid tentang tarikh sambutan Hari Guru, apalagi mengingatkan mereka. Bagi saya mereka terlalu muda dan belum dapat menilai erti sambutan Hari Guru. Rupa-rupanya saya silap. Tanpa saya menyangka pagi itu meja saya dipenuhi pelbagai jenis hadiah. Hari itu saya rasakan terlalu indah.Saya rasa disanjungi, lalu pipi anak-anak murid saya kucup tanda merghargai pemberian dan ingatan mereka.

"Terima kasih...bagitau ibu, cikgu ucapkan terima kasih, ya!" pesan saya pada Arina lalu satu kucupan singgah dipipi gebunya. Di sisi Arina, saya lihat Mariam tersengih-sengih.

"Cikgu...Mariam pun nak bagi hadiah. Tapi tak bawa hari ni, lupa. Boleh
cikgu, ya?" kata anak kecil itu bersungguh.

"Tak payahlah Mariam. Tak bagi pun tak apa, cikgu bukan minta hadiah, cukuplah Mariam ucap Selamat Hari Guru buat cikgu. Itu pun sudah buat cikgu gembira." Saya cuba memujuknya kerana tidak mahu menyusahkan Mariam dan anak-anak murid yang lain.

Sebagai cikgu, saya tahu serba sedikit latar belakang keluarga mereka. Kerana itu saya tidak mahu ada di antara anak-anak murid saya yang bersusah payah menyediakan hadiah, lebih-lebih lagi Mariam. Dia bukan anak orang senang, ibu bapa Mariam membesarkannya hanya dengan meraut lidi, mencari daun getah kering lalu menjualkannya. Sebab itu saya tidak mahu Mariam rasa bersalah bila melihat teman-teman yang lain memberikan hadiah sedangkan dia tidak membawa apa-apa. Bagi saya, lebih baiklah duit yang ada itu digunakan oleh ibu bapa Mariam untuk makan minum keluarganya, atau belikan baju baru untuk Mariam buat menggantikan baju yang kusam dan masam dek peluh.

Saya gembira mendidik murid seperti Mariam. Biarpun ibu Mariam sudah lama meninggal dunia namun anak kecil itu masih bertuah kerana ibu tirinya menyayangi Mariam tidak ubah seperti anak kandung sendiri. Buktinya setiap pagi saya lihat anak kecil itu datang ke tadika sambil dipimpin ibunya, berjalan kaki sejauh 2 kilometer setiap hari. Kalau ada yang bersimpati, di tengah perjalanan ada keluarga murid-murid lain akan menumpangkan Mariam. Kalau tidak Mariam akan terus berjalan kaki dalam panas gerimis, pergi dan balik. Begitulah setiap hari.

Esoknya sekali lagi meja saya dipenuhi dgn pelbagai jenis hadiah. Kali ini datang daripada anak-anak murid yang tidak sempat memberikannya semalam. Saya hanya mampu menggeleng-gelengkan kepala bila mana sambutan Hari Guru tahun ini benar-benar meriah. Seperti biasa, pagi itu saya berdiri di hadapan pintu menyambut seorang demi seorang ibu bapa yang datang menghantar anak masing-masing. Di muka pintu sekolah, saya dengar seorang bapa berpesan; "Hadiah tu bagi kat cikgu tau." Tatkala itu saya benar-benar tersentuh kerana saya langsung tidak menyangka cukup dihargai oleh anak-anak murid yang masih kecil usianya. Dari halaman, saya lihat Mariam berpimpinan tangan dgn ibunya. Saya sambut kedua-dua mereka dgn senyuman. Sama seperti pagi-pagi sebelumnya, Mariam tiba di tabika dgn keadaan tubuh yg bermandikan peluh. Bajunya basah namun kanak-kanak itu tetap ceria, tersenyum seperti biasa.

"Cikgu! Mariam bawa hadiah untuk cikgu!" laungnya sambil ketawa.

"Kan cikgu dah pesan, Mariam tak payah bagi cikgu hadiah," kata saya lalu
mengusap rambut Mariam yang bertitisan peluh, dgn rasa kasih yg mendalam.

"Tak apa....hadiah ni best cikgu!" kata Mariam bersungguh-sungguh. Mariam meletakkan begnya di atas meja. Pantas jari-jemari comelnya membuka zip beg sekolahnya yang sudah pudar warnanya akibat dimamah cahaya matahari.

"Sekejap ya cikgu," kata Mariah yang masih tercungap-cungap kepenatan. Saya lihat Mariam mengeluarkan sesuatu dari dalam beg. Dia tersenyum sebaik menghulurkan segumpal surat khabar yang berkecai dalam genggamannya.

"Alaaa...koyak pulak, cikgu !," rungut Mariam penuh kekesalan.

Matanya membulat memandang saya yang masih setia menantinya. Beberapa anak-anak murid yang lain turut berdiri tidak sabar lihat apa yang Mariam keluarkan.

"Apa yang Mariam bawa tu?," saya tanya penuh hairan melihat sesuatu yang bulat dibungkus dengan surat khabar lama.

Saya dekati anak kecil itu lalu menyelak beg yang dibawanya. Di saat itu hati
tiba-tiba menjadi sebak sebaik melihat 5 biji buah bacang bertindihan dengan buku-buku tabikanya. Dada saya ini mula terasa berat, ada air yang mula bertakung dikelopaknya.

"Cikgu ambillah plastik, rumah Mariam tak ada plastik sebab tu mak bungkus dengan kertas. Tapi koyak pulak," katanya lincah sambil sebiji demi sebiji buah bacang dikeluarkannya dari dalam beg sekolah. Gelak tawa kawan-kawannya mula kedengaran namun Mariam masih tersenyum lalu matanya merenung saya dengan pandangan yang cukup sayu.

"Cikgu...cikgu tak suka buah bacang ke?," tanya anak kecil itu bila melihat saya merenung wajahnya dan 5 biji buah bacang yang bergulingan di atas meja. Saya cuba tahan airmata supaya tidak mengalir. Terlalu sebak rasanya.

"Takkkk..cikgu...cikgu suka sangat. Balik nanti cikgu buat sambal belacan ya," kata saya, perlahan. Suara saya bagai tersekat di kerongkong. Dapat saya lihat anak kecil itu mengukir senyum. Saya peluk tubuhnya yang masih bermandikan peluh. Tidak dapat saya gambarkan bagaimana anak kecil itu membawa 5 biji buah bacang sambil berjalan kaki sejauh 2 kilometer. Saya kucup pipinya beberapa kali lalu tidak henti-henti ucapan terima kasih saya bisikkan ke telinga Mariam.

"Bagitau mak...cikgu suka buah bacang. Terima kasih, ya," ucap saya lagi. Anak kecil itu mengangguk.

"Tengok, Mariam pun bagi hadiah kat cikgu jugak," katanya kepada kawan-kawan sambil tersenyum riang.

"Eleh...buah bacang bukan hadiah. Orang bagi hadiah kena bungkus lawa-lawa, bukan dengan kertas koyak." kata seorang anak murid yang masih tidak mengerti nilai sebuah hadiah yang sebenar-benarnya.

"Tak apa...semua hadiah cikgu suka. Balut lawa atau tidak semuanya sama. Cikgu sayang semua anak-anak murid cikgu," saya ucapkan kata-kata itu agar hati dan perasaan anak sekecil Mariam tidak terguris.

Dapat saya lihat Mariam sekali lagi ketawa lalu bertepuk suka. Beberapa titis airmata yang sejak tadi saya tahan, akhirnya tumpah dipipi. Cepat-cepat saya mengesatnya bimbang anak-anak kecil yang suci dan bersih itu perasan kerana mereka belum dapat menyelami perasaan seorang insan yang bergelar guru. Buah bacang pemberian Mariam itu saya bawa pulang dengan perasaan bangga bercampur hiba. Walaupun ia hanya 5 biji bacang, tapi hadiah itu amat istimewa. Wajah Mariam, bajunya yang dibasahi peluh dan senyumannya yang ikhlas bermain-main diruang mata saya. Tengah hari itu sambal belacan buah bacang menjadi santapan kami sekeluarga dan semasa menelannya, beberapa titis airmata ini tumpah lagi ke pipi. Terima kasih Mariam. 5 biji bacang itu merupakan hadiah paling bermakna
buat cikgu dan cikgu tidak akan lupakan sampai bila-bila.

Cikgu Rokiah - Kulim, Kedah.

Pendaftaran Ar-Raihan


Salam. Semalam saya sempat menjaga kaunter PASTI yang akan ditubuhkan pada tahun 2009 Pasti Ar Raihan dalam program Karnival Islam anjuran Khidmat Masyarakat Dun Sri Serdang. Sambutan pada pagi itu tidak begitu menggalakkan, dan ianya mempengaruhi kaunter Pasti tersebut..Pun begitu terdapat juga ibubapa yang mendaftar untuk anak mereka di Pasti. Saya mengharapkan pada petang dan malamnya, lebih ramai pengunjung yang akan hadir.

Saya cukup teruja dengan semangat ajk Pasti tersebut terutama sdra Fazle dan seorang lagi ajk yang saya kurang pasti namanya. Terima kasih juga kepada bakal guru Pasti iaitu sdri Faezah yang sentiasa berada di kaunter sepanjang saya berada di sana.

Sebagai salah seorang MGP kawasan Puchong, saya mengharapkan.. saya mendoakan agar Pasti baru ini akan mendapat tempat dihati penduduk setempat. Insyaallah kami guru-guru PASTI akan sentiasa komited dalam mendidik anak bangsa..insyaallah..

Thursday, August 21, 2008

What Are You Doing Teaching Preschool

Original Author Unknown

There are those days when the logical mind says,
you must move on and do a better job of supporting yourself.
Those days when the logical mind say,
why did you choose this career, it is not reasonable.
If the heart can still the mind, then the answers are apparent.
Perhaps logic did not play a great part in choosing our jobs as teachers.
If we are truly teaching life’s most important lessons to the little ones.
The lesson of love, to love oneself unconditionally
and to share that love with others.
Perhaps we were guided and chosen to be in this place.
For teaching love in a crowded,
confused and often angry world,
is not something everyone can do.
Though our wallets may not be overflowing,
How many people are hugged and told they are loved by the people
they work with each day?
How many people own original art works created expressly for them?
How many jobs allow you to wipe away tears
and make the world a better place for others?
How many people are allowed to see a tired,
weary world through fresh new eyes, where all things are possible,
To hear laughter and joy for no big reason, just for being?
When the logical mind says, what are you doing teaching young children?
Listen to your heart one more time.

Saturday, August 16, 2008

Ihtifal peringkat Negeri Selangor





















Pasti Kawasan Puchong telah menghantar 7 penyertaan ke Ihtifal Pasti Negeri yang berlangsung di Sek Men Agama Tanjung Karang pada 10 Ogos 2008 (Ahad). Kami bertolak ke sana pada jam 7.30pg menaiki sebuah bas yang ditempah khas.
PAsti Puchong hanya mendapat tempat tempat yang ke dua dalam pertandingan sajak (L) dan tempat ke 3 dalam sajak (p) manakala penyertaan lain hanya mendapat tempat saguhati sahaja.

Thursday, August 14, 2008

Sambutan Hari Guru Pasti Negeri

Sambutan Hari Guru PASTI Selangor telah berlangsung dengan jayanya pada 20 Julai 2008 Ahad bertempat di Foodcourt Glenmarie, Shah Alam. Majlis Dirasmikan oleh Yang Berhormat Dr. Ahmad Yunus b. Hairi (ADUN Sijangkang).

Pada Hari tersebut, cik Rusilawati telah terpilih sebagai Guru Cemerlang untuk Kawasan Puchong. TAHNIAH dari kami, semoga Ila dapat teruskan khidmatnya yang cemerlang untuk MGP Puchong dan khasnya di Pasti Ainul Mardhiah tempat beliau mengajar.

Pada Sebelah petangnya pula berlangsung Mesyuarat Agong Majlis Guru-guru PASTI Selangor. MGP Kawasan Puchong telah menghantar 8 orang perwakilan.

Sunday, August 10, 2008

Ihtifal Pasti Kawasan Puchong

Kami telah mengadakan Ihtifal Pasti Kawasan Puchong pada 19 Julai 2008 sabtu bertempat di Dewan Orangramai MPSJ. Majlis berjalan lancar dan meriah dengan kedatangan ibubapa yang turut sama memberi sokongan kepada anak-anak pelajar Pasti.

Pasti As-Syifaa turut sama menghantar wakil iaitu pasukan nasyid, hafazan lelaki, hafazan perempuan dan azan.




Berikut adalah Penyertaan penuh dari Pasti Kawasan Puchong ke Ihtifal Negeri Selangor.

Bil Nama Acara Nama Peserta
1 Azan (L) AHMAD IQBAL BIN AHMAD JALANI
2 Khutbah (L) Tiada penyertaan
3 Bercerita (P) ALYA FARHANAH BT HANAFI
4 Hafazan (L) NIK MUHD SAFWAN BT NIK RASHID
5 Hafazan (P) MUNIRAH MUNAWWARAH BT K. HISHAM
6 Bersajak (L) AHMAD MUSS'AB B BIN MUHAMED SALEH
7 Bersajak (P) RABIATUL MASYITAH BT AZLI
8 Pidato (P) Tiada Penyertaan
9 Nasyid MUHD AMMAR HAIKAL B AZLAN
10 Nasyid MUNIRAH MUNAWWARAH BT KHAIRUL HISHAM
11 Nasyid DURRANI AFIQAH BT KAMARUZAMAN
12 Nasyid MUHD HAZIQ B HAMZAH
13 Nasyid MUHD AIMAN BIN SALIMI
14 Nasyid KHAIZURAN IDLAN BIN MOHD YUSOF
15 Nasyid MUHD SAFWAN BIN M. SAIDI
16 Nasyid WAN SILMI B WAN SHUKRI
17 Nasyid MUHD ABDUH BIN MUHAMAD ARIF
18 Nasyid HUZAIFAH BIN AHMAD ZAMRI

Tuesday, August 5, 2008

Majlis Guru Pasti Kawasan Puchong



Assalamualaikum wbt,

Alhamdulillah setelah sekian lama saya bercita-cita untuk mengadakan satu blog khas untuk guru-guru Pasti Kawasan Puchong akhirnya terlaksana petang ini.

Banyak yang ingin saya paparkan disini, mudah-mudahan Allah permudahkan saya untuk melakukannya, insyaallah.