BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, April 20, 2009

KURSUS JURULATIH UTAMA

Gombak 20 April 2009 bertempat di Pejabat Pasti Pusat, satu bengkel Jurulatih Utama telah diadakan. Ianya telah dikendalikan sepenuhnya oleh mantan ketua MGP Negeri Selangor Puan Khairiah bt Muhammad. Beliau kini merupakan salah seorang ALP Pusat.

Sepanjang hari ini kami kami telah didedahkan dengan cara-cara untuk mengendalikan perhimpunan pagi yang berkesan dan RPT (kalau tak silap saya Rancangan Perhimpunan Tahunan) yang diberi pengkhususan untuk matapelajaran Bahasa Inggeris.

Apa yang boleh saya katakan.. Terima kasih Kak Yah.. Jasamu dikenang..





Saturday, April 18, 2009

Sukan Pasti Kawasan Puchong

salam,

Alhamdulillah, pagi tadi, 18 April 2009 bertempat di padang Bandar Kinrara BK4, sukan bolasepak dan bolajaring Pasti Kawasan Puchong telah berjaya dilaksanakan dengan penuh semangat kesukanan dan muhibbah.

PAsti An Nur telah berjaya sebagai Johan dalam permainan bolasepak manakala Pasti Ainul Mardhiah telah berjaya menggodol juara untuk pasukan bolajaring. Pasukan ini akan mewakili Pasti Kawasan Puchong untuk mara seterusnya peringkan sukan negeri Selangor. SYABAS dari MGP Kawasan Puchong.


Para pengadil bolajaring dari Nisa, SMIP dan Lajnah Sukan DMPKP. Terimakasih daun keladi dari kami..
Kesian kepanasan.

Urusetia sedang berbincang.
Penjaring terbanyak bolasepak dan penjaring terbanyak bolajaring dari Pasti Al Iqbal. TAHNIAH..!
Semangat kesukanan.
Pasukan dari pasti As-Syifaa' dari Puchong Utama

Friday, April 17, 2009

BENGKEL FONETIK DAN SOSIAL SAINS

Berikut adalah perancangan program/aktiviti yang telah dirancang sehingga pertengahan tahun ini, tidak termasuk usrah bulanan MGP:

Tarikh Aktiviti / Program

7 FEB 2009 BENGKEL FONETIK DAN SOCIAL SCIENCE

27/2 – 1/3 KURSUS MGP – BUKU LOG 1

16/3 -18/3 KURSUS HURAIAN APLIKASI 5 THN WILAYAH,PERAK,SELANGOR

19 APRIL 2009 PESTA SUKAN BOLAJARING N BOLASEPAK KWSN PUCHONG

24 – 26 MAC KURSUS MGP BUKU LOG 2

1 MEI 2009 PROGRAM SmiLE

3 MEI 2009 PESTA SUKAN PASTI SELANGOR BOLAJARING N BOLA SEPAK
16 MEI 2009 HARI GURU PASTI KAWASAN

23 MEI 2009 HARI GURU PASTI SELANGOR & KONVOKESYEN GURU

15 JUN 2009 LATIHAN HARI BAKAT PASTI BERMULA

20 JUN 2009 HARI IBUBAPA – PENYERAHAN REPORT CARD

Adalah diharapkan semua program ini dapat dilaksanakan dengan jayanya, insyaallah.

antara gambar sewaktu bengkel fonetik dan social science: