salam,
sedikit perubahan telah berlaku pada tarikh majlis hari raya MGP kawasan Puchong kerana bertindih dengan hari penamaan calon PRK DUN Bagan Pinang.
Majlis hari raya MGP kawasan Puchong adalah seperi berikut:
Tarikh: 4 Okt 2009 (Ahad)
Tempat: Pasti Ainul Mardhiah
Masa: 9 pagi
Peserta: MGP sahaja
tiada perubahan pada menu.
Monday, September 28, 2009
PERUBAHAN MAJLIS HARI RAYA MGP
Dihantar oleh: kalam cyber at Monday, September 28, 2009 0 comments
Wednesday, September 16, 2009
Peperiksaan Setara Kawasan Dan Hari Anugerah Kecemerlangan Pelajar 2009
salam,
Makluman awal untuk Peperiksaan Setara Pasti Kawasan Puchong:
Tarikh: 11 November 2009 ( Rabu)
Masa: 8.30 pagi
Tempat: Belum diputuskan
Dalam mesyuarat Pasti Kawasan 5 sept (sabtu) telah diputuskan hanya guru kanan sahaja dibenarkan membawa pelajar untuk menghadiri peperiksaan. Hanya 2 orang pelajar terbaik 6 tahun dan 2 orang pelajar terbaik 5 tahun sahaja yang akan menduduki peperiksaan tersebut. Semua peralatan seperti pensil, pemadam, pengasah pensel, pembaris dan pensil warna hendaklah disediakan oleh pasti masing-masing. Cikgu Syed ditugaskan sebagai pemantau peperiksaan setara ini. Hanya seorang pelajar terbaik kawasan 5 dan 6 tahun sahaja yang akan menjadi wakil dalam peperiksaan setara peringkat negeri Selangor nanti.
Makluman berkaitan Hari Anugerah Kecemerlangan Pasti Kawasan:
Tarikh: 15 Nov 2009 (sabtu)
Tempat: Dewan MPSJ Puchong Indah
Masa: 8.30pg - 1 pm
Pada tahun mesyuarat telah memutuskan hanya pelajar 6 tahun sahaja yang dijemput ke program ini. Pelajar 5 thn hanya untuk pelajar yang mendapat tempat 1, 2 dan 3 sahaja. Pelajar 4 tahun tidak dijemput. Ini adalah untuk mengelakkan kesesakan di dalam dewan.
* borang analisa akan diberi kepada guru kanan. harap dapat siapkan awal. Terima kasih.
Dihantar oleh: kalam cyber at Wednesday, September 16, 2009 0 comments
Tuesday, September 15, 2009
MAKLUMAN PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN
salam sahabat2 semua..
sedikit makluman berkaitan peperiksaan. Mengikut arahan dari Pasti Pusat seluruh PASTI di Malaysia akan menjalani peperiksaan pada 19 hingga 22 Oktober 2009. Peperiksaan lisan untuk hafazan hadis, doa dan surah pula adalah seminggu lebih awal.
Cadangan awal, kita akan mengadakan taklimat kertas peperiksaan pada tarikh yang sama dengan sambutan Hari Raya PASTI kawasan pada 17 Oktober 2oo9. Selepas sambutan hari raya kita akan ke pejabat baru PASTI di Putra Permai untuk bincang, sekiranya ada kesempatan kita akan sambung balik ke jamuan hari raya. ini sahaja kesempatan yang kita ada. Sekiranya ada cadangan lain, boleh hubungi kak nor.
Satu lagi makluman, hari raya MGP yang darancang pada 3 Okt 2009 dicadangkan agar ditunda ke 4 Okt 2009. ini adalah kerana pada 3 Okt 2009 adalah hari penamaan calon PRK di Bagan Pinang. Kita yang berada di negeri jiran diminta untuk bersama membantu dalam gerak kerja ini.
peringatan: guru kanan diminta untuk menghantar analisis peperiksaan akhir tahun selewat-lewatnya seminggu selepas peperiksaan.
Makluman berkaitan peperiksaan setara dan hari anugerah kecemerlangan Pasti akan kak nor maklumkan sedikit masa nanti,insyaallah.
ok, selamat bertugas sahabat-sahabatku..
Dihantar oleh: kalam cyber at Tuesday, September 15, 2009 0 comments
Wednesday, September 9, 2009
MAJLIS HARI RAYA PASTI KAWASAN PUCHONG
salam,
Dalam mesyuarat Pasti Kawasan pada 5 Sept 2009 Sabtu di Pejabat Pasti Kawasan Puchong Putra Permai telah memutuskan untuk mengadakan Majlis Hari Raya seperti makluman di bawah:
Tarikh: 17 Okt 2009 (Sabtu)
Tempat: Pasti Putra Permai (3P)
Masa: 9 pagi
Peserta: Ajk Pasti Kawasan Puchong
MGPK Puchong
Dewan Harian PAS Kawasan
Dewan Harian Pemuda
3 orang wakil dari setiap Pasti Cawangan
Menu dan tugasan yang telah ditetapkan adalah seperti berikut:
1. Pasti Bestari sate daging 200 cucuk
2. Pasti Raihan sate ayam 300 cucuk
3. Pasti as-Syifaa' laksa secukupnya
4. Pasti Al Firdaus Mee goreng secukupnya
5. Pasti An Nur rendang secukupnya
6. Pasti Ainul buah dan kueh secukupnya
7. Pasti Mawardi lemang secukupnya
8. Pasti Iqbal pinggan, cawan, mangkuk, plastik sampah dan tisu
9. Pasti 3P nasi impit dan air termasuk kemah, kerusi dan meja
Tentatif Program:
Ucapan aluan Pengerusi Pasti Kawasan
Ucapan aluan Ketua Pemuda
Ucapan Mantan Pengerusi Pasti Kawasan
Jamuan
Semoga program berjalan lancar.
Dihantar oleh: kalam cyber at Wednesday, September 09, 2009 0 comments
MENU MAJLIS HARI RAYA MGP KAWASAN PUCHONG
salam,
Dalam mesyuarat postmortem Hari Bakat Pasti Kawasan pada 21 Ogos 2009 bertempat di Pasti Assyifaa, MGP telah membincangkan tentang program Majlis Hari Raya MGPK Puchong. Program ini akan diadakan seperti berikut:
Tarikh: 3 Okt 2009 (Sabtu)
Tempat: Pasti Ainul Mardhiah
Masa: 9 pagi
Peserta: MGP sahaja
Tugasan adalah seperti di bawah:
1. Nasi impit Pasti Bestari 2 bungkus yang kecil
2. Kuah Lodeh Pasti Iqbal secukupnya
3. Rendang Ayam Pasti An Nur 3 ekor
4. Rendang daging Pasti as-Syifaa' 3 kilo
5. Kueh Biasa Pasti Raihan 3 jenis untuk 100 biji
6. Laksa Pasti Al Firdaus kuah putih dan penang
9. Air dan SATE Pasti Ainul Mardhiah 300 cucuk
Dihantar oleh: kalam cyber at Wednesday, September 09, 2009 0 comments