BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, January 31, 2010

Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang PASTI Malaysia 2009

Sabtu 30 Jan 2010 Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang PASTI Malaysia 2009 telah dapat diadakan dengan jayanya dan dalam suasana yang meriah.  Majlis ini telah diadakan di Auditorium Utama Kompleks E3 Fakulti Kejuruteraan Universiti Antarabangsa Malaysia Gombak dan di rasmikan oleh YBhg Encik Ahmad Sabki bin Yusof selaku Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat.

Seramai 14 orang pelajar terbaik 5 tahun dan 14 orang pelajar terbaik 6 tahun dari seluruh negeri di Malaysia telah diraikan. Majlis ini adalah untuk memberi pengiktirafan kepada pelajar yang telah menunjukkan kecemerlangan dari aspek akademik, kokurikulum dan sahsiah Islam dalam program pendidikan PASTI.

TAHNIAH kepada pelajar-pelajar cemerlang yang telah dirai juga tahniah kepada semua yang telah menjayakan program ini.

 
 pendaftaran..
  
 Sof pimpinan MGP Pusat
  
 Pelajar terbaik 6 tahun bergambar kenangan
  
 Pelajar terbaik 5 tahun seluruh negeri di Malaysia
  
 Majlis Guru Pasti Negeri Selangor
  
 Persembahan Nasyid dari Pasti Al Firdaus dari Kawasan Puchong
 
Pelajar dari Pasti Al Firdaus dari Kawasan Puchong mendeklamasi sajak yang bertajuk GURU.

Friday, January 29, 2010

Bengkel Pengurusan PASTI Puchong

Salam..
MGP Puchong akan mengadakan perjumpaan untuk membincangkan usul atau resolusi untuk dibawa ke Bengkel Pengurusan nanti.  Perjumpaan akan diadakan seperti makluman berikut:

Tarikh:   2 Feb 2010 (Selasa)
Tempat: Pasti Al Mawardi
Masa:    3 pm

Mohon guru datang bukan dengan minda yang kosong. 

Terima kasih atas kerjasama guru2 semua..

Hari Kecemerlangan PASTI Negeri Selangor

Sumber:  http://pastinegeriselangor.blogspot.com/

Pada 23 Januari 2010 lepas, PASTI Negeri Selangor mengadakan Majlis Kecemerlangan Pelajar PASTI Negeri Selangor bagi tahun 2009 bertempat di Institut Pertanian Serdang. Seramai 44orang murid 5 dan 6 tahun daripada 22 kawasan seluruh Negeri Selangor telah diraikan dalam majlis ini. Majlis dirasmikan oleh Yang Berhormat Dr. Shafie Abu Bakar ADUN Bangi. Adik Munawwarah Bt. Mahadi dari PASTI Bestari kawasan Puchong dinobatkan sebagai murid terbaik 5 tahun dan adik Mohammad Aqil B. Mohd Idris dari PASTI Littel Ikhwan kawasan Kuala Selangor dinobatkan sebagai murid terbaik 6 tahun. Kedua-dua murid ini dipilih berdasarkan markah tertinggi dalam ujian penilaian PASTI Negeri SELANGOR yang diadakan pada 12nov 2009 yang lalu.


Kehadiran ibubapa dan guru memeriahkan lagi majlis
Ucapan aluan oleh Pengarah PASTI Negeri Selangor

Tuesday, January 12, 2010

Perutusan Ketua Pengarah PASTI Malaysia


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Segala pujian bagi Allah, Tuhan sekalian alam, salawat dan salam ke atas nabi Muhammad s.a.w., para sahabat dan pengikut baginda yang setia hingga akhir zaman.


Saya bersyukur kepada Allah Taala kerana dapat menyampaikan sepatah dua kata dalam ruangan ini. Seterusnya, tahniah saya ucapkan kepada warga kerja Jabatan Pendidikan Pasti di semua peringkat, guru serta ibu bapa atas kejayaan membuka kelas pengajian di cawangan Pasti di seluruh negara pada sesi persekolahan 2010 ini.


Belum terlambat untuk saya mengucapkan selamat menyambut tahun hijrah 1431. Semoga tahun baru ini memberi kekuatan kepada kita meningkatkan amal solih untuk kesejahteraan hidup di dunia dan menjadi bekalan terbaik demi kehidupan di akhirat.


Pasti adalah tempat anak-anak diasuh dan dididik dengan pelbagai ilmu pengetahuan yang bertujuan membangunkan rohani, emosi, intelek dan jasmani mereka mengikut acuan Islam. Sebagai ibu bapa, menghantar anak belajar di Pasti adalah memenuhi tanggungjawab memberi pendidikan asas Islam kepada mereka. Anak kita ibarat kain putih. Pendidikan akan mencorakkan kehidupan mereka pada masa hadapan, sama ada mereka akan menjadi Yahudi, Nasrani ataupun Majusi. Sudah tentu, pendidikan Islam akan menjadi penunjuk jalan dan pembimbing terbaik untuk menyelamatkan mereka mengharungi kehidupan agar tidak terjerumus kepada kesesatan atau kemurkaan Allah.


Selain daripada aktiviti dalam bilik darjah, Pasti Malaysia juga merancang untuk mengadakan Hari Anugerah Murid Pasti Cemerlang pada 30 Januari 2010 di UIA, Selangor, Ijtima’ dan Sambutan Hari Guru di Kuala Terengganu, Sukan Pasti pada bulan Jun, di USM, Pulau Pinang dan Ihtifal Pasti peringkat Kebangsaan pada bulan Oktober, di Ipoh, Perak. Kelas Asas Fardu Ain dan Fardu Kifayah Harian (Kaffah) juga akan bermula pada bulan Februari nanti. Saya berharap agar ibu bapa sekalian akan memberi sumbangan dan sokongan untuk menjayakan program pembangunan iman serta insan yang dilaksanakan di Pasti di seluruh negara.


Semoga anak-anak kita akan mendapat pendidikan terbaik di Pasti manakala kita akan menjadi ibu bapa dan komuniti yang sentiasa mendokong usaha pembangunan pendidikan terbaik kepada mereka. Bangunkan jiwa anak-anak kita dengan semangat persaudaraan dan perpaduan sejati. Corakkan kain putih itu dengan celupan ilahi. Terima kasih.


Azrin bin Ab. Majid