BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, September 28, 2010

Majlis Sambutan Pasti Al Firdaus

Majlis Hari Raya Pasti Al Firdaus telah diadakan pada 26 Sept 2010 Sabtu.  Saya hanya sempat menghadiri majlis tersebut hanya sekejap sebelum ke majlis Hari Raya Pakatan Rakyat Puchong di sini

SAMBUTAN MAJLIS AIDIL FITRI ANAK-ANAK 3P

Pada pagi Jumaat, 24 September 2010, suasana meriah di 3P diwarnai oleh pelajar-pelajar yang berpakaian raya, lelaki berbaju melayu sementara perempuan berbaju kurung atau jubah  pelbagai warna dan gaya ditambah lagi dengan juadah kuih muih raya yang pelbagai.  Guru-guru 3P juga tidak mahu ketinggalan menggayakan baju raya masing-masing.

Awal pagi lagi pelajar-pelajar telah sampai dengan berbaju raya untuk Majlis Aidil Fitri Anak-anak 3P.  Hari sebelum itu kebanyakan mereka telah mewar-warkan baju apa yang dipakai mereka pada Jumaat itu. Seorang dua yang terlupa memakai baju raya pun, alhamdulillah, akhirnya dihantarkan oleh ibubapa mereka baju melayu masing-masing.

Di majlis tersebut juga pelajar-pelajar yang menyambut ulangtahun hari lahir pada bulan Ogos dan September turut diraikan. Kali ini sambutan bersama, almaklum, bulan Ogos jatuh pada bulan Ramadhan, bulan puasa - tiada sambutan ulangtahun harilahir.

Insyaallah, Majlis Rumah Terbuka 3P dan PAS Cawangan Putra Permai akan berlangsung pada hari Sabtu, 2 Oktober 2010.  Semua dijemput hadir.

Ikuti gambar-gambar yang sempat diambil pada majlis tersebut:

Selepas Amali Solat, semua jamaah saling bersalaman dan bermaafan
Puan Hasnah yang baru tiba dikerumuni warga kecil 3P

 

Majlis Hari Raya Pasti As Syifaa

24 Sept 2010 Jumaat baru2 ini Pasti As Syifaa telah mengadakan majlis Hari Raya bersama pelajar dan guru-guru Pasti As-Syifaa sahaja.  Bermacam  juadah yang telah dibawa oleh para pelajar, seorang sedikit sehingga penuh meja.  Adik Aliah Noraisyah dan adik Arfa Zulaikha telah membawa kek yang istimewa.  

Pelajar juga telah diberi sedikit duit raya oleh pihak Pasti As-Syifaa.  Walaupun tidaklah banyak mana tp ianya amat bermakna kepada pelajar.  tergambar kegembiraan di wajah mereka.