BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, April 20, 2011

PASTI AINUL MARDHIAH JOHAN KESELURUHAN PESTA SUKAN PASTI PUCHONG

Bandar Putra Permai, 17 April 11 – Menjadi tradisi Pesta Sukan PASTI Kawasan Puchong kali keempat telah menganjurkan acara Bola Sepak (lelaki) dan Bola Jaring (perempuan) dengan meriah dan berjaya. Selain itu, acaraibubapa juga turut diadakan bagi memeriahkan lagi suasana. Penganjuran pada kali ini, Pihak Jawatankuasa telah memilih Padang Futsal sebagai medan pertandingan. Bertempat di Tonga De Futsal, Bandar Putra Permai, acara dimulakan pada jam 9.00 pagi. 
Sokongan padu dari para penonton disertai kelicikan para pelajar berjaya mewujudkan suasana yang amat mengkagumkan dengan ‘Seri Serdang 2011’ dipilih sebagai tuan tumah telah menampilkan 12 buah pasukan bola sepak dan bola jaring dari 12 buah PASTI di Kawasan Puchong ; Al Iqbal (Kampung Seri Aman), Ainul Mardhiah (Taman Sri Serdang), As Syifa’ (Puchong Utama), Al Mawardi (Aman Bestari), Bestari (Pusat Bandar Puchong), An Nur (Puchong Intan), Al Firdaus (Puncak Jalil), Ar Raihan (Bandar Kinrara), Putra Permai (Bandar Putra Permai), Al Huda (Kg. Kenangan) dan Al Husaini (Serdang Jaya) serta Taman Sri Puchong yang diwakili oleh Putra Permai 2.

Saturday, April 9, 2011

Photobucket

Pembetulan:

Tempat: Tonga De Futsal, Pinggiran Putra 

KSPP2

Pasti Puchong telah menghantar 4 orang guru ke Kursus KSPP2 bertempat di Pejabat Pasti Pusat Gombak pada 8/4 hingga 10/4. Mereka adalah:

1. Mazni Othman dari Pasti Bestari
2. Norkhatijah bt Masder dari Pasti Al Iqbal
3. Rosniwati dari Pasti Ar Raihan
4. Zailina bt Atan dari Pasti An Nur

Semoga mereka dapat membantu Pasti Puchong ke arah ke arah kecemerlangan.

Ketua MGP dilantik sebagai Ketua Muslimat Puchong

Rasanya masih belum terlambat untuk saya mengucapkan TAHNIAH atau mungkin takziah kepada Ketua MGP Puchong yang telah dilantik sebagai Ketua Muslimat Puchong dalam mesyuarat agung Dewan Muslimat PAS Puchong yang telah diadakan pada 27 Mac 2011 baru-baru ini.  Semoga Allah permudahkan segala urusan beliau.