BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, May 20, 2011

NORMALA SUDIRMAN: Bangkit Guru untuk Rakyat


Harakahdaily   

Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Perjuangan...

Saban tahun, detik bersejarah tanggal 16 Mei merupakan tarikh istimewa yang cukup bermakna bagi insan bergelar ’guru’. Hampir 360,000 golongan pendidik akan diraikan sempena sambutan Hari Guru pada tahun ini. Selaku Pengerusi Lajnah Pendidikan Dewan Muslimat PAS Pusat, saya ingin mengucapkan ’Selamat Menyambut Hari Guru’ kepada semua barisan pendidik yang telah mencurahkan bakti bagi menggalas tanggungjawab dan amanah dalam memacu halatuju pendidikan negara.
Sesungguhnya, cabaran sistem pendidikan semasa dan gejala sosial yang kian meruncing di kalangan pelajar memerlukan kesediaan pemantapan rohani yang kuat dan kesabaran yang tinggi di kalangan pendidik. Perjuangan para guru dalam merealisasikan pendidik berjiwa rabbani amat penting demi kelangsungan generasi masa hadapan. Saya juga ingin merakamkan setinggi- tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih atas segala jasa dan pengorbanan barisan pendidik dari peringkat awal pendidikan kanak- kanak hinggalah ke peringkat IPT. Sudah pasti penghargaan ini ditujukan khususnya kepada golongan wanita yang bergelar ’muslimat’ dan mendominasi bidang pendidikan negara dalam memacu halatuju modal insan agar lahir generasi yang seimbang dan berbahagia di dunia dan akhirat.

Thursday, May 5, 2011

Al-Ghazali: Adab Seorang Guru



Esok dah nak buka sekolah dan berjumpa semula dengan anak-anak murid yang dirindui setelah 2 minggu tidak berinteraksi dengan pelbagai ragam dan telatah mereka.

Maka, eloklah kita sebagai guru dan pendidik mempunyai persediaan mental, emosi dan rohani yang terbaik bagi melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan.

Saya membelek kembali kitab terjemahan Bidayatul Hidayah yang dibeli semasa tingkatan 4 dulu, karangan Imam Al-Ghazali (505H). Beliau ada memberi peringatan dan nasihat kepada para guru dan pendidik tentang ‘Adab-adab Seorang Guru’. Semoga bermanfaat untuk muhasabah diri.