BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, August 1, 2011

TAKLIMAT PENCERAPAN

http://mgpselangor.blogspot.com/

29 Julai 2011, Gombak, Taklimat Pencerapan telah berjaya diadakan di bawah kelolaan Kak Yah (Pn Khairiah Mohd). Proses pencerapan akan bermula dari 8 Ogos 2011 hingga 19 Ogos 2011. Pencerap telah diberi ilmu yang secukupnya dan berkelayakan untuk mencerap guru pelatih. Mohon sangat kerjasama dari Pengerusi Kawasan untuk membantu melicinkan lagi proses ini. Semoga Allah membantu kita semua, insyaallah..



HARI BAKAT PASTI NEGERI SELANGOR

Bt. 8 Sijangkang, 23 Julai 2011: Alhamdulillah Hari Bakat PASTI Negeri Selangor telah dilaksanakan dengan jayanya atas usaha serta komitmen yang baik dari tuan rumah Dewan Pemuda PAS Kuala Langat. Perancangan yang diatur membuahkan hasil dengan berjalannya majlis ini di SRA Sijangkang. Pertandingan bermula sekitar jam 8.30 pagi iaitu sebanyak 7 acara yang dipertandingkan menggunakan 7 bilik pertandingan. Antara acara yang dipertandingkan adalah, Nasyid berkumpulan, Hafazan lelaki dan perempuan, bercerita lelaki dan perempuan, sajak lelaki dan perempuan, pidato perempuan, khutbah dan azan lelaki.

Sebanyak 19 PASTI kawasan yang memberanikan diri menghantar penyertaan pada kali ini. Persembahan yang diberikan setiap kawasan juga sungguh hebat dan mencuit hati penonton. Tahniah bagi kawasan yang menang dan yang tidak berjaya usaha lagi tahun hadapan dalam suassana serta nama yang baru iaitu Alam Ria PASTI Negeri Selangor. Bagi yang menang tingkatkan usaha bagi meraih kemenangan di Alam Ria PASTI Malaysia. Majlis perasmian penutup Hari Bakat PASTI Negeri Selangor 2011 ini telah di sempurnakan oleh YB Dr. Ahmad Yunus Bin Hairi ADUN N51 Sijangkang. Turut hadir, Ustaz Hasbullah Mohd Ridwan Pengarah PASTI Selangor, Ustazah Wan Hasrina Bt. Wan Hassan Ketua DMPNS dan Pn. Norhayati Bt Abd Razak Ketua MGPNS.