Alhamdulillah, PASTI Kawasan Puchong telah berjaya mengadakan Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar dengan gilang gemilang pada 13 Nov 2011 (Ahad) bertempat di Stadium Tertutup Serdang Jaya. Majlis telah diadakan pada jam 2.30pm dan dirasmikan oleh ketua Pemuda PAS Puchong En Rosharizan. Dalam majlis itu Tokoh Pelajar Akedemik dan Tokoh Keseluruhan telah dinobatkan kepada adik Ameer Rezuan B Rosli dari PASTI Ar Raihan. Manakala Tokoh Kokurikulum telah jatuh kepada adik Tuan Hazim Ikhwan bin Tuan Azhar dari PASTI Ainul Mardhiah. Tokoh Harapan pula telah dimenangi oleh adik Ahmad Farish Rizqin Bin Azlan. PASTI Terbaik bagi sesi 2011 adalah PASTI Putra Permai. TAHNIAH kepada semua...
Tuesday, November 22, 2011
MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN PASTI PUCHONG
Dihantar oleh: kalam cyber at Tuesday, November 22, 2011 0 comments
Labels: Aktiviti
Monday, August 1, 2011
TAKLIMAT PENCERAPAN
http://mgpselangor.blogspot.com/
29 Julai 2011, Gombak, Taklimat Pencerapan telah berjaya diadakan di bawah kelolaan Kak Yah (Pn Khairiah Mohd). Proses pencerapan akan bermula dari 8 Ogos 2011 hingga 19 Ogos 2011. Pencerap telah diberi ilmu yang secukupnya dan berkelayakan untuk mencerap guru pelatih. Mohon sangat kerjasama dari Pengerusi Kawasan untuk membantu melicinkan lagi proses ini. Semoga Allah membantu kita semua, insyaallah..
Dihantar oleh: kalam cyber at Monday, August 01, 2011 0 comments
Labels: Aktiviti
HARI BAKAT PASTI NEGERI SELANGOR
Sebanyak 19 PASTI kawasan yang memberanikan diri menghantar penyertaan pada kali ini. Persembahan yang diberikan setiap kawasan juga sungguh hebat dan mencuit hati penonton. Tahniah bagi kawasan yang menang dan yang tidak berjaya usaha lagi tahun hadapan dalam suassana serta nama yang baru iaitu Alam Ria PASTI Negeri Selangor. Bagi yang menang tingkatkan usaha bagi meraih kemenangan di Alam Ria PASTI Malaysia. Majlis perasmian penutup Hari Bakat PASTI Negeri Selangor 2011 ini telah di sempurnakan oleh YB Dr. Ahmad Yunus Bin Hairi ADUN N51 Sijangkang. Turut hadir, Ustaz Hasbullah Mohd Ridwan Pengarah PASTI Selangor, Ustazah Wan Hasrina Bt. Wan Hassan Ketua DMPNS dan Pn. Norhayati Bt Abd Razak Ketua MGPNS.
Dihantar oleh: kalam cyber at Monday, August 01, 2011 0 comments
Labels: Aktiviti
Tuesday, June 7, 2011
Majlis Sambutan Hari Guru PASTI Malaysia 2011
Dihantar oleh: kalam cyber at Tuesday, June 07, 2011 0 comments
Labels: Aktiviti
SAMBUTAN HARI GURU PASTI NEGERI SELANGOR 2011
Majlis dimulakan dengan bacaan ayat suci Al-quran dari surah Luqman ayat 12-19. Turut diserikan dengan persembahan nasyid kumpulan Fazs.
Hadiah disampaikan kepada 22orang guru cemerlang daripada 22 kawasan. Puan Siti Nor Ai'dah Bt Sukaimi daripada kawasan Sepang dipilih menerima anugerah Guru Khidmat Setia, manakala Puan Nor Jaswati Bt. Ismail dipilih sebagai Tokoh Guru PASTI N.SELANGOR. Dalam majlis ini juga turut diberikan anugerah khas kepada Ahli Lembaga Pengarah PASTI N. Selangor yang memberikan komitmen dan berkerja keras dalam menguruskan PASTI N.SELANGOR. Anugerah Tokoh PASTI N.SELANGOR dianugerahkan kepada Saudara Mohd Aslam B. Mohd Khanani. Beliau merupakan Setiausaha PASTI N.Selangor dari tahun 1997 sehingga sekarang.
Dihantar oleh: kalam cyber at Tuesday, June 07, 2011 0 comments
Labels: Aktiviti
Mohon maaf pada warga MGP Puchong,,
saya memohon maaf pada warga MGP Puchong dan pada pengunjung yang hadir kerana agak lama tidak update blog ni, walaupun banyak program yang telah kita laksanakan..saya akan cuba update juga biarpun dah terlewat..
Dihantar oleh: kalam cyber at Tuesday, June 07, 2011 0 comments
Friday, May 20, 2011
NORMALA SUDIRMAN: Bangkit Guru untuk Rakyat
Harakahdaily | |
Saban tahun, detik bersejarah tanggal 16 Mei merupakan tarikh istimewa yang cukup bermakna bagi insan bergelar ’guru’. Hampir 360,000 golongan pendidik akan diraikan sempena sambutan Hari Guru pada tahun ini. Selaku Pengerusi Lajnah Pendidikan Dewan Muslimat PAS Pusat, saya ingin mengucapkan ’Selamat Menyambut Hari Guru’ kepada semua barisan pendidik yang telah mencurahkan bakti bagi menggalas tanggungjawab dan amanah dalam memacu halatuju pendidikan negara. Sesungguhnya, cabaran sistem pendidikan semasa dan gejala sosial yang kian meruncing di kalangan pelajar memerlukan kesediaan pemantapan rohani yang kuat dan kesabaran yang tinggi di kalangan pendidik. Perjuangan para guru dalam merealisasikan pendidik berjiwa rabbani amat penting demi kelangsungan generasi masa hadapan. Saya juga ingin merakamkan setinggi- tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih atas segala jasa dan pengorbanan barisan pendidik dari peringkat awal pendidikan kanak- kanak hinggalah ke peringkat IPT. Sudah pasti penghargaan ini ditujukan khususnya kepada golongan wanita yang bergelar ’muslimat’ dan mendominasi bidang pendidikan negara dalam memacu halatuju modal insan agar lahir generasi yang seimbang dan berbahagia di dunia dan akhirat. |
Dihantar oleh: kalam cyber at Friday, May 20, 2011 0 comments
Labels: Pimpinan
Thursday, May 5, 2011
Al-Ghazali: Adab Seorang Guru
Maka, eloklah kita sebagai guru dan pendidik mempunyai persediaan mental, emosi dan rohani yang terbaik bagi melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan.
Saya membelek kembali kitab terjemahan Bidayatul Hidayah yang dibeli semasa tingkatan 4 dulu, karangan Imam Al-Ghazali (505H). Beliau ada memberi peringatan dan nasihat kepada para guru dan pendidik tentang ‘Adab-adab Seorang Guru’. Semoga bermanfaat untuk muhasabah diri.
Dihantar oleh: kalam cyber at Thursday, May 05, 2011 0 comments
Labels: Artikel
Wednesday, April 20, 2011
PASTI AINUL MARDHIAH JOHAN KESELURUHAN PESTA SUKAN PASTI PUCHONG
Dihantar oleh: kalam cyber at Wednesday, April 20, 2011 0 comments
Labels: Aktiviti
Saturday, April 9, 2011
Dihantar oleh: kalam cyber at Saturday, April 09, 2011 0 comments
KSPP2
Pasti Puchong telah menghantar 4 orang guru ke Kursus KSPP2 bertempat di Pejabat Pasti Pusat Gombak pada 8/4 hingga 10/4. Mereka adalah:
1. Mazni Othman dari Pasti Bestari
2. Norkhatijah bt Masder dari Pasti Al Iqbal
3. Rosniwati dari Pasti Ar Raihan
4. Zailina bt Atan dari Pasti An Nur
Semoga mereka dapat membantu Pasti Puchong ke arah ke arah kecemerlangan.
Dihantar oleh: kalam cyber at Saturday, April 09, 2011 0 comments
Ketua MGP dilantik sebagai Ketua Muslimat Puchong
Rasanya masih belum terlambat untuk saya mengucapkan TAHNIAH atau mungkin takziah kepada Ketua MGP Puchong yang telah dilantik sebagai Ketua Muslimat Puchong dalam mesyuarat agung Dewan Muslimat PAS Puchong yang telah diadakan pada 27 Mac 2011 baru-baru ini. Semoga Allah permudahkan segala urusan beliau.
Dihantar oleh: kalam cyber at Saturday, April 09, 2011 0 comments
Labels: Aktiviti
Thursday, March 31, 2011
Keputusan Undian Pesta Sukan 30 Mac 2011
Dihantar oleh: kalam cyber at Thursday, March 31, 2011 0 comments
Labels: Aktiviti
Thursday, February 17, 2011
Sambutan Maulidurrasul Pasti Bestari
15 Feb 2011 Pasti Bestari telah mengadakan majlis maulidurrasul dengan acara ceramah maulidurrasul dan peraduan mewarna terbuka kepada semua. Peraduan ini terdiri dari 3 kategori iaitu prasekolah, tahap 1 (pelajar tahun 1 - tahun 3) tahap 2 (pelajar tahun 4 - tahun 6)
Dihantar oleh: kalam cyber at Thursday, February 17, 2011 0 comments
Saturday, January 29, 2011
Cadangan Acara Sukaneka
Sukaneka PASTI Kawasan Puchong akan di bahagi kepada 2 zon
Zon 1
Tarikh: 12 Mac 2011 (Ahad)
Tempat: Serdang Jaya
Pasti Yang Terlibat:
1. Pasti Al Husaini - Ketua
2. Pasti Ainul Mardhiah
3. Pasti Al Firdaus
4. Pasti Ar Raihan
5. Pasti Putra Permai
Zon 2
Tarikh: 12 Mac 2011 (Ahad)
Tempat: Padang Taman Sri Puchong
Pasti yang terlibat:
1. Pasti Bestari - Ketua
2. Pasti As Syifaa
3. Pasti An Nur
4. Pasti Al Mawardi
5. Pasti Al Huda
6. Pasti Al Iqbal
7. Pasti Taman Sri Puchong
Acara 4 tahun ( Lelaki & Perempuan)
Dihantar oleh: kalam cyber at Saturday, January 29, 2011 0 comments
Labels: Aktiviti
MAKLUMAN CUTI SEMPENA CHINESE NEW YEAR 2011
Dihantar oleh: kalam cyber at Saturday, January 29, 2011 0 comments
Loka Karya PASTI Kawasan Puchong
sumber: http://pastikawasanpuchong.blogspot.com/
Dalam bengkel ini juga dimasukkan perbincangan tentang taqwim PASTI untuk tahun 2011. Disamping itu dibincangkan juga beberapa resolusi berkaitan dengan cuti MGP dan sebagainya. Secara keseluruhan program ini sangat berjaya dan dapat memberi gambaran yang jelas tentang halatuju PASTI Kawasan Puchong bagi tahun 2011.
Dihantar oleh: kalam cyber at Saturday, January 29, 2011 0 comments