BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, November 22, 2011

MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN PASTI PUCHONG

Alhamdulillah, PASTI Kawasan Puchong telah berjaya mengadakan Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar dengan gilang gemilang pada 13 Nov 2011 (Ahad) bertempat di Stadium Tertutup Serdang Jaya.  Majlis telah diadakan pada jam 2.30pm dan dirasmikan oleh ketua Pemuda PAS Puchong En Rosharizan.  Dalam majlis itu Tokoh Pelajar Akedemik dan Tokoh Keseluruhan telah dinobatkan kepada adik Ameer Rezuan B Rosli dari PASTI Ar Raihan. Manakala Tokoh Kokurikulum telah jatuh kepada adik Tuan Hazim Ikhwan bin Tuan Azhar dari PASTI Ainul Mardhiah.  Tokoh Harapan pula telah dimenangi oleh adik Ahmad Farish Rizqin Bin Azlan.  PASTI Terbaik bagi sesi 2011 adalah PASTI Putra Permai.  TAHNIAH kepada semua...





Monday, August 1, 2011

TAKLIMAT PENCERAPAN

http://mgpselangor.blogspot.com/

29 Julai 2011, Gombak, Taklimat Pencerapan telah berjaya diadakan di bawah kelolaan Kak Yah (Pn Khairiah Mohd). Proses pencerapan akan bermula dari 8 Ogos 2011 hingga 19 Ogos 2011. Pencerap telah diberi ilmu yang secukupnya dan berkelayakan untuk mencerap guru pelatih. Mohon sangat kerjasama dari Pengerusi Kawasan untuk membantu melicinkan lagi proses ini. Semoga Allah membantu kita semua, insyaallah..



HARI BAKAT PASTI NEGERI SELANGOR

Bt. 8 Sijangkang, 23 Julai 2011: Alhamdulillah Hari Bakat PASTI Negeri Selangor telah dilaksanakan dengan jayanya atas usaha serta komitmen yang baik dari tuan rumah Dewan Pemuda PAS Kuala Langat. Perancangan yang diatur membuahkan hasil dengan berjalannya majlis ini di SRA Sijangkang. Pertandingan bermula sekitar jam 8.30 pagi iaitu sebanyak 7 acara yang dipertandingkan menggunakan 7 bilik pertandingan. Antara acara yang dipertandingkan adalah, Nasyid berkumpulan, Hafazan lelaki dan perempuan, bercerita lelaki dan perempuan, sajak lelaki dan perempuan, pidato perempuan, khutbah dan azan lelaki.

Sebanyak 19 PASTI kawasan yang memberanikan diri menghantar penyertaan pada kali ini. Persembahan yang diberikan setiap kawasan juga sungguh hebat dan mencuit hati penonton. Tahniah bagi kawasan yang menang dan yang tidak berjaya usaha lagi tahun hadapan dalam suassana serta nama yang baru iaitu Alam Ria PASTI Negeri Selangor. Bagi yang menang tingkatkan usaha bagi meraih kemenangan di Alam Ria PASTI Malaysia. Majlis perasmian penutup Hari Bakat PASTI Negeri Selangor 2011 ini telah di sempurnakan oleh YB Dr. Ahmad Yunus Bin Hairi ADUN N51 Sijangkang. Turut hadir, Ustaz Hasbullah Mohd Ridwan Pengarah PASTI Selangor, Ustazah Wan Hasrina Bt. Wan Hassan Ketua DMPNS dan Pn. Norhayati Bt Abd Razak Ketua MGPNS.

Tuesday, June 7, 2011

Majlis Sambutan Hari Guru PASTI Malaysia 2011

Hari ini 22 Mei 2011 Ahad berlangsung majlis gilang-gemilang Sambutan Hari Guru PASTI Malaysia bertempat di Hotel Grand Blue Wave, Shah Alam, Selangor.
Acara berprestij ini dirasmikan oleh YB Dr Halimah Ali, Exco Pendidikan Kerajaan Negeri Selangor tepat jam 12.20 tengah hari.

Sebahagian Guru-guru PASTI

Cikgu Azrin dan Setiausaha DPP

Persembahan Bekas Pelajar PASTI

Persembahan Solo Suhaimi In Team

Tetamu Utama

Antara yang Hadir

Kenangan Penerima Anugerah

Guru Cemerlang PASTI Malaysia 2011

Pemasyhuran Tokoh Guru PASTI Malaysia
Pada majlis itu, Cik Rohani binti Awang Lah daripada PASTI Negeri Kelantan telah dinobatkan sebagai Tokoh Guru PASTI Malaysia 2011. Tahniah kepada beliau dan penerima anugerah yang lain !
Sesungguhnya jasa dan pengorbana cikgu-cikgu semua tiada tandingannya.

SAMBUTAN HARI GURU PASTI NEGERI SELANGOR 2011

17 Mei 2011-Kuala Selangor; Seramai 220 orang guru mewakili 22 kawasan di negeri selangor diraikan semperna Sambutan Hari Guru peringkat PASTI N.SELANGOR bertempat di stadium tertutup, Komplek Sukan Kuala Selangor. Majlis dirasmikan oleh Yang Berhormat Dr. Dzulkefly Ahmad ahli Parlimen Kuala Selangor. Turut hadir Ust Hasbullah B. Mohd Ridzwan Pengarah PASTI N.SELANGOR merangkap Ketua Dewan Pemuda PAS N.SELANGOR, Ustzh Wan Haslina Bt. Wan Hasan Ketua Dewan Muslimat PAS N.SELANGOR bersama timbalannya, Pn. Noraini Hussein.

Majlis dimulakan dengan bacaan ayat suci Al-quran dari surah Luqman ayat 12-19. Turut diserikan dengan persembahan nasyid kumpulan Fazs.

Hadiah disampaikan kepada 22orang guru cemerlang daripada 22 kawasan. Puan Siti Nor Ai'dah Bt Sukaimi daripada kawasan Sepang dipilih menerima anugerah Guru Khidmat Setia, manakala Puan Nor Jaswati Bt. Ismail dipilih sebagai Tokoh Guru PASTI N.SELANGOR. Dalam majlis ini juga turut diberikan anugerah khas kepada Ahli Lembaga Pengarah PASTI N. Selangor yang memberikan komitmen dan berkerja keras dalam menguruskan PASTI N.SELANGOR. Anugerah Tokoh PASTI N.SELANGOR dianugerahkan kepada Saudara Mohd Aslam B. Mohd Khanani. Beliau merupakan Setiausaha PASTI N.Selangor dari tahun 1997 sehingga sekarang.

~ Untuk makluman, tokoh guru dari kawasan Puchong tahun ini telah disandang oleh cik Rusilawati bt Md Isa.  Beliau telah menerima anugarah ini buat kali kedua selepas kali pertama dimenanginya pada tahun2008.  TAHNIAH cikgu Rusilawati dari Pasti Ainul Mardhiah.~


Guru Khidmat Setia (lama berkhidmat)


Tokoh Guru PASTI N.Selangor

Tokoh PASTI N.SELANGOR

Mohon maaf pada warga MGP Puchong,,

saya memohon maaf pada warga MGP Puchong dan pada pengunjung yang hadir kerana agak lama tidak update blog ni, walaupun banyak program yang telah kita laksanakan..saya akan cuba update juga biarpun dah terlewat..

Friday, May 20, 2011

NORMALA SUDIRMAN: Bangkit Guru untuk Rakyat


Harakahdaily   

Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Perjuangan...

Saban tahun, detik bersejarah tanggal 16 Mei merupakan tarikh istimewa yang cukup bermakna bagi insan bergelar ’guru’. Hampir 360,000 golongan pendidik akan diraikan sempena sambutan Hari Guru pada tahun ini. Selaku Pengerusi Lajnah Pendidikan Dewan Muslimat PAS Pusat, saya ingin mengucapkan ’Selamat Menyambut Hari Guru’ kepada semua barisan pendidik yang telah mencurahkan bakti bagi menggalas tanggungjawab dan amanah dalam memacu halatuju pendidikan negara.
Sesungguhnya, cabaran sistem pendidikan semasa dan gejala sosial yang kian meruncing di kalangan pelajar memerlukan kesediaan pemantapan rohani yang kuat dan kesabaran yang tinggi di kalangan pendidik. Perjuangan para guru dalam merealisasikan pendidik berjiwa rabbani amat penting demi kelangsungan generasi masa hadapan. Saya juga ingin merakamkan setinggi- tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih atas segala jasa dan pengorbanan barisan pendidik dari peringkat awal pendidikan kanak- kanak hinggalah ke peringkat IPT. Sudah pasti penghargaan ini ditujukan khususnya kepada golongan wanita yang bergelar ’muslimat’ dan mendominasi bidang pendidikan negara dalam memacu halatuju modal insan agar lahir generasi yang seimbang dan berbahagia di dunia dan akhirat.