BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, December 23, 2009

Selamat Datang Ke Ladies Night..


Sedar atau tidak, tahun 2009 bakal melabuhkan tirainya, tahun 2010 bakal menjelma. Kebiasaannya, tahun baru disambut oleh generasi muda dengan program hiburan yang melampau dan melalaikan serta pelbagai program lagi yang tidak berlandaskan syariat. Berhibur tiada salahnya, kerana hiburan itu indah jika apabila salah memilihnya membuat kita jadi bersalah. Justeru, Nisa’ Puchong dengan kerjasama Penggerak Belia MPSJ mengambil inisiatif dengan menganjurkan program Ladies Night dengan harapan agar dapat membantu masyarakat khususnya para wanita dan remaja dalam menyediakan satu alternatif hiburan yang menepati syariat. Selain itu juga, program Ladies Night dianjurkan adalah bertujuan untuk melahirkan wanita yang berketerampilan, berkeyakinan serta bersahsiah tinggi.

  
Diharap, dengan adanya sokongan dan kerjasama daripada pelbagai pihak sama ada daripada agensi kerajaan, swasta mahupun orang perseorangan program Ladies Night ini dapat mencapai matlamat demi melahirkan masyarakat khasnya wanita yang berdaya saing, berpersonaliti, bersahsiah tinggi (menepati syariat) mengamalkan gaya hidup sihat dari aspek mental dan fizikal serta seimbang bagi mewujudkan sebuah negara Malaysia yang Cemerlang, Gemilang dan Terbilang menjelang tahun 2020.

OBJEKTIF
1.      Mengadakan alternatif  hiburan yang berlandaskan syariat; eksklusif untuk wanita & remaja perempuan
2.  Merapati golongan wanita & remaja perempuan setempat dalam usaha untuk menyampaikan mesej dakwah Islamiyah secara santai.
      3.  Menyediakan satu ruang untuk Nisa’, Penggerak Belia MPSJ & masyarakat setempat khususnya kaum wanita bekerjasama dan merapatkan ukhwah dan mengikat silaturrahim.

Makluman Program adalah seperti berikut:

ANJURAN
Nisa’ Puchong dengan kerjasama Penggerak Belia MPSJ
 
TARIKH PROGRAM
31 Disember 2009 / 14 Muharram 1431H (Khamis)
  
TEMPAT
Dewan MPSJ Puchong Indah
 
ACARA YANG DIPERTANDINGKAN
1)      Karaoke – lagu ketuhanan
a)                 Solo
b)                 Duet- ibu dan anak                            
c)                 Kumpulan ( maksimum 5 orang)
  
PERSEMBAHAN
      1) Busana Muslimah

SEMUA DIJEMPUT HADIR...  BERSAMA MERAIKAN HIBURAN ALTERNATIF BERSAMA NISA' PUCHONG.. JUMPA DI SANAAA.. INSYAALLAH..

Tuesday, November 17, 2009

kursus memeriksa buku log

semalam 16 Nov 2009 satu kursus sehari untuk memeriksa buku log telah diadakan di pejabat PASTI di Gombak.  Kursus ini telah dikendalikan oleh Puan Khairiah, mantan ketua MGP Selangor;  saya cukup salute dengan kak yah.. semangatnya.. keikhlasannya untuk memajukan Pasti dapat di lihat dalam setiap butir tutur katanya.  saya sendiri ingin punya semangat jitunya. 


 

 

 

Friday, October 30, 2009

Pasti tarik pelajar tahun 1 kembali ke kelas Pasti

KOTA BHARU, 28 Okt: Pusat Asuhan Tunas-Tunas Islam (Pasti) Malaysia akan memperkenalkan Kurikulum Kaafah (Kurikulum Asas Fardhu Ain dan Asas Fardhu Kifayah) dalam kurikulum pembelajaran Pasti.

Pengarahnya, Azrin Abd Majid berkata, kurikulum baru bermatlamat menarik semula kanak-kanak lepasan Pasti yang berada di tahap satu kembali semula ke Pasti.

"Mereka boleh mendapat pendidikan lanjutan dalam bentuk modul pendidikan Islam dan juga akademik selama 30 minggu setahun,"katanya di sini.

Katanya, pelancaran kurikulum itu nanti akan mencetuskan sejarah baru buat Pasti.
Menurutnya kurikulum Kaafah juga merupakan konsep usrah atau tuisyen kepada anak-anak yang berusia seawal tujuh tahun.

Beliau juga berkata, sambutan terhadap Pasti begitu menggalakkan termasuk anak-anak bukan Islam dihantar belajar di kelas Pasti.

"Kita juga menubuhkan Pasti khusus untuk anak-anak orang bukan Islam seperti di Kuala Kangsar, Perak iaitu anak-anak orang India yang tinggal di ladang di negeri itu.

"Kami juga mewujudkan Pasti di Bagan Nakhoda Omar Kelang, Selangor di mana seramai 20 pelajar anak kaum Tionghua,"katanya.

Manakala di Kelantan terdapat Pasti yang dibuka di kampung penduduk Siam.
Kata beliau Pasti membuka Pasti yang 'multiratio' bagi memberi pendidikan khusus kepada anak-anak di kawasan penduduk pelbagai kaum.

Beliau juga berkata, cabaran dengan wujudnya kelas prasekolah di sekolah kebangsaan dan projek Permata Negara pada peringkat awal ada sedikit kesan kepada Pasti.

"Namun dalam tempoh tiga tahun kebelakangan ini Pasti menunjukkan lonjakan pertambahan pelajar yang sangat menggalakkan.

"Jelas berlaku pertambahan bilangan pelajar dengan adanya kerajaan Pakatan," katanya.
Mengenai sambutan 25 Tahun Pasti Malaysia, beliau berkata objektif sambutan itu bagi menghargai tenaga pencetus dan penggerak zaman awal penubuhannya.

Katanya, pencapaian Pasti selama 25 tahun dapat merapatkan ukhuwah di kalangan saf kepimpinan Pasti Pusat, negeri, kawasan dan cawangan.

Sambutan itu akan diadakan 30 dan 31 Oktober ini bertempat di Dataran Stadium Sultan Mohd Ke-IV.
Perasmiannya akan dilakuakan dilakukan Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Manakala pada malamnya akan diadakan ceramah perdana yang akan disampaikan Naib Presiden PAS, Datuk Mahmuf Omar; Ketua Pemuda PAS, Nasaruddin Hassan dan Ahli parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Nizar Jamaludin.

Dan pada 31 Oktober diadakan perasmian Mesyuarat Agung Koperasi Pasti Malaysia

Saturday, October 17, 2009

majlis hari raya pasti kawasan Puchong

salam..



cikgu syed mengalu-alukan kehadiran tetamu

 
mantan pengerusi Pasti dan mantan ketua Pemuda
 
pengerusi pasti kawasan puchong dan timbalan pengerusi 2
 
antara guru yang hadir.. 
 
ketua mgp sedang bertafakur.. :-)

Thursday, October 8, 2009

Jadual Peperiksaan Akhir Tahun 2009





 
 
 Catatan :

1. Peperiksaan ujian lisan diadakan seminggu sebelum dan selepas peperiksaan.
2 . Analisis peperiksaan cawangan-cawangan mesti dihantar ke Kawasan pada atau sebelum 30 oktober 2009.
3. Analisis peperiksaan kawasan-kawasan pula perlu diserahkan pada atau sebelum 2 November 2009.

Hari Raya MGP Kawasan Puchong

Pada 4 Okt 2009 mgp kawasan Puchong telah berjaya mengadakan majlis sambutan hari raya mgp di Pasti Ainul Mardhiah dengan meriah dan semangat setiakawan.  Masing2 bawa menu yang diarahkan.. penuh meja.  kak in  dijemput untuk beri ucapan dan motivasi pada semua guru-guru.  majlis tamat sebelum zohor.  terimakasih sahabat2 semua atas kerjasama yang telah diberikan.



 
 

 

 

Monday, September 28, 2009

PERUBAHAN MAJLIS HARI RAYA MGP

salam,
sedikit perubahan telah berlaku pada tarikh majlis hari raya MGP kawasan Puchong kerana bertindih dengan hari penamaan calon PRK DUN Bagan Pinang.

Majlis hari raya MGP kawasan Puchong adalah seperi berikut:

Tarikh:  4 Okt 2009 (Ahad)
Tempat: Pasti Ainul Mardhiah
Masa: 9 pagi
Peserta: MGP sahaja

tiada perubahan pada menu.

Wednesday, September 16, 2009

Peperiksaan Setara Kawasan Dan Hari Anugerah Kecemerlangan Pelajar 2009

salam,
Makluman awal untuk Peperiksaan Setara Pasti Kawasan Puchong:

Tarikh: 11 November 2009 ( Rabu)
Masa: 8.30 pagi
Tempat: Belum diputuskan

Dalam mesyuarat Pasti Kawasan 5 sept (sabtu) telah diputuskan hanya guru kanan sahaja dibenarkan membawa pelajar untuk menghadiri peperiksaan. Hanya 2 orang pelajar terbaik 6 tahun dan 2 orang pelajar terbaik 5 tahun sahaja yang akan menduduki peperiksaan tersebut.  Semua peralatan seperti pensil, pemadam,  pengasah pensel, pembaris dan pensil warna hendaklah disediakan oleh pasti masing-masing. Cikgu Syed ditugaskan sebagai pemantau peperiksaan setara ini.  Hanya seorang pelajar terbaik kawasan 5 dan 6 tahun sahaja yang akan menjadi wakil dalam peperiksaan setara peringkat negeri Selangor nanti.

Makluman berkaitan Hari Anugerah Kecemerlangan Pasti Kawasan:
Tarikh: 15 Nov 2009 (sabtu)
Tempat: Dewan MPSJ Puchong Indah
Masa: 8.30pg - 1 pm

Pada tahun mesyuarat telah memutuskan hanya pelajar 6 tahun sahaja yang dijemput ke program ini.  Pelajar 5 thn hanya untuk pelajar yang mendapat tempat 1, 2 dan 3 sahaja.  Pelajar 4 tahun tidak dijemput.  Ini adalah untuk mengelakkan kesesakan di dalam dewan.

* borang analisa akan diberi kepada guru kanan.  harap dapat siapkan awal.  Terima kasih.

Tuesday, September 15, 2009

MAKLUMAN PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN

salam sahabat2 semua..
sedikit makluman berkaitan peperiksaan.  Mengikut arahan dari Pasti Pusat seluruh PASTI di Malaysia akan menjalani peperiksaan pada 19 hingga 22 Oktober 2009.  Peperiksaan lisan untuk hafazan hadis, doa dan surah pula adalah seminggu lebih awal. 

Cadangan awal, kita akan mengadakan taklimat kertas peperiksaan pada tarikh yang sama dengan sambutan Hari Raya PASTI kawasan pada 17 Oktober 2oo9.  Selepas sambutan hari raya kita akan ke pejabat baru PASTI di Putra Permai untuk bincang, sekiranya ada kesempatan kita akan sambung balik ke jamuan hari raya.  ini sahaja kesempatan yang kita ada. Sekiranya ada cadangan lain, boleh hubungi kak nor.

Satu lagi makluman, hari raya MGP yang darancang pada 3 Okt 2009  dicadangkan agar ditunda ke 4 Okt 2009. ini adalah kerana pada 3 Okt 2009 adalah hari penamaan calon PRK di Bagan Pinang.  Kita yang berada di negeri jiran diminta untuk bersama membantu dalam gerak kerja ini.

peringatan: guru kanan diminta untuk menghantar analisis peperiksaan akhir tahun selewat-lewatnya seminggu selepas peperiksaan. 

Makluman berkaitan peperiksaan setara dan hari anugerah kecemerlangan Pasti akan kak nor maklumkan sedikit masa nanti,insyaallah.

ok, selamat bertugas sahabat-sahabatku..

Selamat balik kampung dan selamat Hari Raya.  Maaf zahir dan Batin.

Wednesday, September 9, 2009

MAJLIS HARI RAYA PASTI KAWASAN PUCHONG

salam,
Dalam mesyuarat Pasti Kawasan pada 5 Sept 2009 Sabtu di Pejabat Pasti Kawasan Puchong Putra Permai telah memutuskan untuk mengadakan Majlis Hari Raya seperti makluman di bawah:

Tarikh:          17 Okt 2009 (Sabtu)
Tempat:        Pasti Putra Permai (3P)
Masa:           9 pagi
Peserta:        Ajk Pasti Kawasan Puchong
                    MGPK Puchong
                    Dewan Harian PAS Kawasan
                    Dewan Harian Pemuda
                    3 orang wakil dari setiap Pasti Cawangan
                   
Menu dan tugasan yang telah ditetapkan adalah seperti berikut:

1. Pasti Bestari          sate daging                 200 cucuk
2. Pasti Raihan          sate ayam                   300 cucuk
3. Pasti as-Syifaa'      laksa                          secukupnya
4. Pasti Al Firdaus     Mee goreng                secukupnya
5. Pasti An Nur         rendang                     secukupnya
6. Pasti Ainul             buah dan kueh            secukupnya
7. Pasti Mawardi      lemang                        secukupnya
8. Pasti Iqbal            pinggan, cawan, mangkuk, plastik sampah dan tisu
9. Pasti 3P                nasi impit dan air termasuk kemah, kerusi dan meja

Tentatif Program:

Ucapan aluan Pengerusi Pasti Kawasan
Ucapan aluan Ketua Pemuda
Ucapan Mantan Pengerusi Pasti Kawasan
Jamuan

Semoga program berjalan lancar.

MENU MAJLIS HARI RAYA MGP KAWASAN PUCHONG

salam,
Dalam mesyuarat postmortem Hari Bakat Pasti Kawasan pada 21 Ogos 2009 bertempat di Pasti Assyifaa, MGP telah membincangkan tentang program Majlis Hari Raya MGPK Puchong.  Program ini akan diadakan seperti berikut:

Tarikh:  3 Okt 2009 (Sabtu)
Tempat: Pasti Ainul Mardhiah
Masa: 9 pagi
Peserta: MGP sahaja

Tugasan adalah seperti di bawah:

1. Nasi impit                        Pasti Bestari                     2 bungkus yang kecil
2. Kuah Lodeh                    Pasti Iqbal                        secukupnya
3. Rendang Ayam                Pasti An Nur                    3 ekor
4. Rendang daging               Pasti as-Syifaa'                 3 kilo
5. Kueh Biasa                      Pasti Raihan                     3 jenis untuk 100 biji
6. Laksa                              Pasti Al Firdaus                kuah putih dan penang

7. Lemang                            Pasti Mawardi                 6 batang
8. Buah                                Pasti Putra Permai           Limau
9. Air dan SATE                  Pasti Ainul Mardhiah       300 cucuk

Guru-guru diwajibkan untuk menyumbang sebanyak RM10 untuk setiap orang, sekiranya nak bagi lebih adalah dialu-alukan.
Diharap semua MGP dapat memberi kerjasama yang sewajarnya.

Friday, August 28, 2009

Hari Bakat PASTI KAWASAN PUCHONG

Pada 15 Ogos (sabtu) yang baru berlalu, Pasti Kawasan Puchong telah berjaya mengadakan acara tahunan Hari Bakat PASTI bertempat di Sekolah Rendah Islam Nurul Hidayah. Majlis bermula jam 9 pagi dan tamat pada jam 1 tengahari.

Alhamdulillah program ini telah berjalan dengan meriah dan semangat kerjasama oleh guru-guru, para ibubapa dan pelajar. Sekalung ucapan terima kasih kepada pihak sekolah SRI nurul Hidayah kerana telah membenarkan kami menggunakan dewan dan surau sekolah tersebut. Juga terima kasih tidak terhingga kepada guru-guru sekolah SRI Nurul Hidayah. guru-guru KAFA dan Nisa' yang telah sedia bekerjasama sebagai juri pertandingan dan juga MC majlis.
Bermacam ragam kanak-kanak dapat kita lihat dalam program seperti ini. Ada yang bersemangat, yakin dan tidak sabar-sabar untuk menunjukkan bakat masing-masing. Tidak kurang juga yang menarik diri di saat akhir dan yang mengalirkan air mata dia atas pentas. Guru-guru terpaksa memainkan peranan masing-masing agar sesuatu program itu berjalan lancar.

Pasti Ainul Mardhiah telah menjadi juara keseluruhan utk Hari Bakat pada tanun 2009. TAHNIAH..!
Terima kasih dari MGP kawasan Puchong untuk semua yang terlibat.

sumber: http://assyifaa.blogdrive.com/






Sunday, July 12, 2009

Pesta Sukan PASTI MALAYSIA



MGPK Puchong telah turut sama menjayakan Pesta Sukan PASTI Malaysia yang telah diberi tugas dibahagian persegaran. Kami telah menghantar tiga orang guru dan tiga orang lagi diwakili oleh ajk Pasti Kawasan.

Pesta Sukan PASTI Malaysia telah berlangsung dengan jayanya dengan Selangor sebagai tuan rumah pada 19-20 Jun 2009 di Universiti Industri Selangor (UNISEL), Bestari Jaya. Sebanyak 13 kontinjen dari negeri-negeri seluruh Malaysia termasuk Sabah telah menyertai Pesta Sukan PASTI pada kali ini.

Tahniah kepada PASTI Negeri Selangor kerana menjadi Juara Pertandingan Bola Sepak dan Naib Juara Pertandingan Bola Jaring serta dinobatkan sebagai Juara Keseluruhan Pesta Sukan PASTI Malaysia 2009.

Monday, May 25, 2009

HARI GURU PASTI & KONVO NEGERI SELANGOR

Seperti biasa bulan Mei datang dan pergi, dan kini Mei sudah hampir ke penghujungnya. Kami guru-guru PASTI Kawasan Puchong juga tidak ketinggalan dengan aktiviti yang padat.

23 Mei merupakan Hari Guru PASTI Negeri Selangor dan Hari Konvokesyen Guru PASTI bagi tahun 2009. Majlis pada kali ini bertempat di Dewan Perpustakaan Negeri di Shah Alam. Buat julung kalinya guru-guru yang akan dikonvo diwajibkan mengambil peperiksaan terlebih dahulu, bukan senang rupanya..:-)

Berikut adalah suasana pada hari tersebut:-


Ketua Muslimat dan Setiausaha DMPNS turut bersama meraikan Hari Guru PASTI negeri Selangor.

Guru Pasti Kawasan Puchong yang dikonvokan pada tahun ini, 2 orang dari Pasti As-Syifaa dan 2 orang lagi dari Pasti An Nur

Terpaksa mengambil peperiksaan sebelum dikonvokan

Sebahagian dari guru PASTI negeri Selangor yang dikonvo pada tahun ini

Wednesday, May 20, 2009

Hari Guru PASTI bersama PEMUDA

Pada 17 Mei 2009 (Ahad) PEMUDA dan PASTI Kawasan Puchong telah bersama meraikan Hari Guru dan bekas PEMUDA bertempat di Teratak Hijjaz Bangi. Saya mewakili MGP Kawasan Puchong mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Pasti Kawasan dan Pemuda kerana bersama meraikan kami guru-guru PASTI di Kawasan Puchong.

Berikut adalah antara gmabar-gambar yang sempat saya rakamkan.


Pendaftaran di Teratak Hijaz

Antara guru-guru yang hadir

Guru turut diberi penghargaan

Ketua MGP menyampaikan cenderahati kepada Pengerusi PASTI Kawasan

Pasti Kawasan Puchong telah menerima anugerah PASTI pengurusan terbaik seluruh negeri Selangor buat kali ke dua.

Sehari sebelumnya iaitu pada 16 Mei 2009 sabtu bertempat di Pasti As-Syifaa Majlis Hari Guru peringkat MGPK Puchong telah diadakan. Selain jamuan makan kami juga telah mengadakan persembahan guru-guru, di mana setiap Pasti telah mengadakan persembahan yang cukup hebat. Antaranya nasyid, berbalas pantun, sajak, dikir barat dan lagu-lagu lama seperti larut malam yang telah diubah suai dan juga lagu doremi. kesimpulannya.. BEST..!! :-)







JASAMU DIKENANG... KEMESRAAN SENTIASA DI INGATAN..

Monday, May 18, 2009

Program SMILE dan Bengkel RPT

Pada 1 Mei 2009 MGPK Puchong dengan kerjasama cikgu Syed telah mengadakan satu program yang diberi nama SMILE. Ianya amat menarik dan merupakan satu penambah baikan dalam pengajaran dan pembelajaran di PASTI.

Sebelum itu, sebelah paginya kami telah menjemput ustazah Salimah Sain dalam sesi usrah bersama MGP. Banyak cetusan idea dan ilmu dapat kami garapkan dalam usrah tersebut.

Pada 10 Mei 2009 pula MGPK Puchong telah mengadakan satu bengkel RPT (Rancangan Perhimpunan Tahunan) seperti yang diminta oleh MGP Negeri.