BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS �

Monday, December 22, 2008

Bengkel MGP Kawasan Puchong

Pada 13 Dis 2008, MGP Kawasan Puchong telah berjaya mengadakan bengkel Pengajaran dan Pembelajran terutamanya untuk panduan bagi MGP Pasti baru yang bakal beroperasi pada awal 2009 nanti. Ianya telah diadakan di bilik mesyuarat Dewan MPSJ Puchong Indah. Terima kasih kerana memberi ruang kepada kami mengadakan bengkel tanpa sebarang bayaran.

Cara pengajaran, silibus untuk setahun dan contoh ringkasan mengajar telah dibentangkan oleh wakil2 Pasti yang telah diberi tugasan. Masing2 menjalankan tugasan dengan baik kecuali Pasti Al Iqbal yang diberi tugasan untuk membentang subjek Jawi 5 dan 6 tahun tidak dapat hadir tanpa menghantar seorang pun wakil.

Secara keseluruhannya bengkel ini berjaya dan ianya amat membanggakan saya sendiri. TAHNIAH MGP Kawasan Puchong. All the best for all of you..

Oppss terlupa untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada cikgu Tina atas jamuan makan tengahari yang cukup istimewa.. terima kasih juga pada cikgu Asu kerana sediakan buah anggur...:-)







Hari Perasmian Pasti Putra Permai

Alhamdulillah. pada 14 Dis 2008 Pasti Putra Permai telah mengadakan upacara perasmian dengan penuh meriah dan sambutan yang menggalakkan. Kumpulan nasyid Fazs telah menyampaikan beberapa buah nasyid untuk menghiburkan tetamu yang hadir. Majlis ini bertambah meriah dengan adanya pertandingan mewarna dikalangan kanak2 yang telah datang sejak awal pagi. Tidak ketinggalan ianya turut disertakan dengan sumbangan beg sekolah kepada kanak-kanak miskin di kawasan tersebut.

Semoga dengan lahirnya Pasti baru ini dapat meriahkan lagi persada Pasti Kawasan Puchong dan diharapkan ianya dapat menjadi pilihan terbaik ibubapa dicawangan tersebut. Pasti Kawasan Puchong maju setapak lagi dengan kehadiran 2 pasti baru di tahun 2009 iaitu Pasti Ar Raihan dan Pasti Putra Permai.







Thursday, December 4, 2008

Kursus Untuk Bakal Graduan

Assalamu'alaikum w.r.t


Kepada :


Pengerusi Kawasan-kawasan,
Majlis Guru-guru PASTI Kawasan,
Guru-guru PASTI cawangan-cawangan.

Tuan/Puan,

KURSUS GURU PASTI TERAKHIR 2008

Perkara diatas dengan segala hormat dirujuk. Dimaklumkan bahawa PASTI Negeri Selangor akan mengadakan kursus bagi guru-guru PASTI seluruh negeri Selangor.

2. Makluman Kursus adalah seperti berikut :

KURSUS GURU-GURU PASTI
Tarikh : 26-28 Disember 2008(Jumat-Ahad)
Tempat : Pusat Latihan Penguatkuasa Selangor (Pulapis),Jugra,
Banting,Selangor Darul Ehsan.

Peserta : Guru-guru PASTI yang bakal konvokesyen,
seluruh negeri Selangor.

Guru-guru yang telah hadir 3 kali kursus asas atau lanjutan. silibus 5 tahun

3. Kehadiran guru-guru perlu dimaklumkan sebelum atau pada 7 DISEMBER 2008 (SERTAKAN NAMA & NO.KAD PENGENALAN). Sebarang masalah sila hubungi saya (0122800458) atau saudara Mohd Al-Hafiz B. Adzhan di talian 013-3449306. Perhatian yang tinggi serta kerjasama pihak tuan/puan amatlah dihargai.

Sekian ,terima kasih.



KEARAH PENGURUSAN CEMERLANG PASTI SELANGOR

PASTI FOR ALL



Yang Menjalankan tugas;

tt
..........................
Mohd Aslam Bin Mohd Khanani
Setiausaha Jabatan PASTI Negeri Selangor.

Sunday, November 30, 2008

PERTANDINGAN MENCIPTA LOGO- SAMBUTAN 25 TAHUN PASTI MALAYSIA



PASTI Malaysia akan menganjurkan satu pertandingan mencipta logo. Anda dipelawa untuk menyertai pertandingan ini.

TEMA

Logo Sambutan 25 Tahun PASTI Malaysia hendaklah memaparkan peranan PASTI Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan pra sekolah.

SPESIFIKASI

1. Saiz

Reka cipta logo Sambutan 25 Tahun PASTI Malaysia perlu disediakan dengan menggunakan aplikasi komputer dan disimpan dalam fail asal (softcopy) dan dalam bentuk hardcopy pada kertas bersaiz A4 (saiz logo 15cm x 15 cm atau 6 inci x 6 inci ) dan ditampalkan pada mounting board berwarna hitam.

2. Rasional Reka Bentuk

Setiap logo yang dicipta mesti disertakan dengan penerangan dan rasional dalam Bahasa Malaysia.

3. Warna

Persembahan logo boleh menggunakan tidak lebih daripada tiga warna,termasuk warna korporat PASTI Malaysia.

4. Keaslian logo

Reka bentuk logo mestilah asli dan tidak boleh mengandungi unsur yang dianggap sensitif dari segi kaum, budaya, dan agama serta sesuai digunakan oleh PASTI Malaysia.

SYARAT PENYERTAAN

1. Terbuka kepada semua.

2. Semua penyertaan hendaklah sampai ke alamat di bawah dan diterima sebelum atau pada
31 Disember 2008.

PASTI Malaysia
1027 Jalan Samudera Utama’
Taman Samudera Utama
68100 Batu Caves Gombak
Selangor

3. Setiap peserta boleh menghantar tidak lebih daripada tiga penyertaan. Setiap penyertaan mestilah disertakan dengan borang penyertaan yang lengkap diisi dengan butiran peserta. Borang penyertaan juga boleh disalin cetak atau diperolehi melalui laman web PASTI Malaysia : Bukti kiriman pos adalah bukan bukti penerimaan.

4. Peserta hendaklah memastikan keaslian logo yang dicipta terpelihara. Pihak PASTI Malaysia tidak akan bertanggungjawab sekiranya terdapat sebarang tuntutan daripada pihak ketiga ke atas hakcipta logo tersebut.

5. Setiap penyertaan logo yang diterima tidak akan dipulangkan dan akan menjadi hak milik PASTI Malaysia. Selain itu, PASTI Malaysia mempunyai hak untuk menggunakan logo yang diterima dan mendaftarkannya sebagai hak milik harta intelek PASTI Malaysia.

6. PASTI Malaysia juga mempunyai hak untuk mengubah suai logo yang direka cipta oleh peserta.

7. Pemenang akan dihubungi melalui pos, telefon, e-mel atau pemberitahuan menerusi media. Walau bagaimanapun, PASTI Malaysia berhak untuk tidak memilih pemenang di kalangan peserta yang bertanding sekiranya panel hakim memutuskan bahawa tiada peserta yang layak dianugerahkan sebagai pemenang utama.

8. Segala kos untuk menyertai pertandingan ini atas tanggungan peserta sendiri.

PENGADILAN

1. Setiap penyertaan akan dinilai dari aspek konsep, kreativiti, dan keaslian oleh satu panel juri yang dilantik oleh PASTI Malaysia.

2. Keputusan panel juri adalah muktamad dan sebarang surat menyurat tidak akan dilayan.

HADIAH

1. Satu hadiah sahaja yang akan diberi.

2. Peserta yang terpilih sebagai pemenang akan menerima hadiah wang tunai bernilai
RM 500.00 (Ringgit : Lima ratus sahaja) dan sijil penghargaan.

sumber: http://pastinegeriselangor.blogspot.com/

Monday, November 10, 2008

Peperiksaan Setara Kawasan Puchong

salam..

Peperiksaan setara kawasan Puchong telah diadakan pada 1 Nov 2008 sabtu bertempat di Pasti Al Mawardi. Setiap Pasti cawangan telah menghantar 2 orang pelajar terbaik 5 tahun dan 2 orang pelajar terbaik 6 tahun. Perperiksaan bermula jam 9:00 pagi dan telah diawasi oleh ajk Pasti Al Mawardi dan diketuai oleh Ustaz Asyrul.

Kertas peperiksaan telah disediakan oleh MGP negeri Selangor. Peperiksaan ini berjalan selama sejam. Keputusannya, Pasti Bestari telah mengungguli peperiksaan ini memenangi kedua-dua ketogori pelajar cemerlang 5 dan 6 tahun. Mereka akan mewakili Pasti Kawasan Puchong ke peperiksaan setara peringkat negeri Selangor yang telah pun diadakan pada 7 Nov 2008 jumaat.

TAHNIAH kepada adik Muhd Ridhwan (6thn) dan adik Nashrullah (5 thn) dari Pasti Bestari.

Saturday, October 25, 2008

Analisa peperiksaan akhir tahun

salam..

Mohon agar semua guru kanan Pasti Cawangan dapat melakukan beberapa perkara seperti di bawah:

1. Menghantar senarai nama penuh pelajar beserta dengan markah penuh. Ini adalah untuk dimasukkan ke dalam Buku Cenderahati Hari Kecemerlangan Pelajar Pasti Puchong 2008.
2. Sertakan bersama nama Tokoh Pelajar Pelajar Pasti masing2 dan nama pelajar yang mendapat anugerah Pelajar Kehadiran Istiqamah.
3. Sertakan sedikit biodata tokoh pelajar untuk dimasukkan ke dalam buku cenderahati nanti.
4. Analisa peperiksaan akhir tahun hendak menggunakan borang yang telah disediakan.

Semua perkara di atas hendaklah dihantar selewat2nya pada 28 Okt 2008 (selasa) melalui emel pasti_assyifaa@yahoo .com atau menghatar sendiri ke Pasti As-Syifaa.

Makluman, peperiksaan setara kawasan akan diadakan seperti butiran di bawah:

Tarikh: 3 Nov 2008 (Isnin)
Tempat: Sek Men Islam Puchong (SMIP)
Masa: 9pg.

Guru Kanan atau wakil dikehendaki menghantar pelajar 5 thn dan 6 thn yang mendapat tempat pertama dan kedua. Peperiksaan setara ini akan dikendalikan oleh ustaz Asyrul dan ajk Pasti Kawasan.

Diharap sangat agar guru2 dapat beri kerjasama dalam perkara ini, dan mudah-mudahan Allah mudahkan urusan kita. Amin.

Wednesday, October 15, 2008

Majlis Konvokesyen Pelajar Pasti Kawasan Puchong

salam..

Majlis Konvokesyen Pasti Kawasan Puchong akan di adakan seperti maklumat di bawah:

Tempat: Dewan Serbaguna Institut Pertanian Serdang
Tarikh : 8 Nov 2008/10 Zulkaedah 1429 (Sabtu)
Masa: 8:00 pg – 12:30 t/hari

Pihak pengurusan sedang cuba untuk mendapat Dr Halimah yang merupakan exco pendidikan Negeri Selangor sebagai Perasmi.

Diantara ketogori pelajar yang akan menerima hadiah adalah seperti berikut:

1. Tokoh Pelajar Kawasan
2. Tokoh Pelajar Setiap Pasti cawangan
3. Pelajar terbaik akedemik setiap Pasti Cawangan
4. Kehadiran istiqamah (kehadiran penuh) setiap pasti cawangan.
5. Hadiah saguhati untuk setiap pelajar.
6. Pemberian sijil untuk semua pelajar 6 tahun.

Adalah diharapkan program ini dapat berjalan lancar seperti yang dirancang.