BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS �

Tuesday, January 12, 2010

Perutusan Ketua Pengarah PASTI Malaysia


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Segala pujian bagi Allah, Tuhan sekalian alam, salawat dan salam ke atas nabi Muhammad s.a.w., para sahabat dan pengikut baginda yang setia hingga akhir zaman.


Saya bersyukur kepada Allah Taala kerana dapat menyampaikan sepatah dua kata dalam ruangan ini. Seterusnya, tahniah saya ucapkan kepada warga kerja Jabatan Pendidikan Pasti di semua peringkat, guru serta ibu bapa atas kejayaan membuka kelas pengajian di cawangan Pasti di seluruh negara pada sesi persekolahan 2010 ini.


Belum terlambat untuk saya mengucapkan selamat menyambut tahun hijrah 1431. Semoga tahun baru ini memberi kekuatan kepada kita meningkatkan amal solih untuk kesejahteraan hidup di dunia dan menjadi bekalan terbaik demi kehidupan di akhirat.


Pasti adalah tempat anak-anak diasuh dan dididik dengan pelbagai ilmu pengetahuan yang bertujuan membangunkan rohani, emosi, intelek dan jasmani mereka mengikut acuan Islam. Sebagai ibu bapa, menghantar anak belajar di Pasti adalah memenuhi tanggungjawab memberi pendidikan asas Islam kepada mereka. Anak kita ibarat kain putih. Pendidikan akan mencorakkan kehidupan mereka pada masa hadapan, sama ada mereka akan menjadi Yahudi, Nasrani ataupun Majusi. Sudah tentu, pendidikan Islam akan menjadi penunjuk jalan dan pembimbing terbaik untuk menyelamatkan mereka mengharungi kehidupan agar tidak terjerumus kepada kesesatan atau kemurkaan Allah.


Selain daripada aktiviti dalam bilik darjah, Pasti Malaysia juga merancang untuk mengadakan Hari Anugerah Murid Pasti Cemerlang pada 30 Januari 2010 di UIA, Selangor, Ijtima’ dan Sambutan Hari Guru di Kuala Terengganu, Sukan Pasti pada bulan Jun, di USM, Pulau Pinang dan Ihtifal Pasti peringkat Kebangsaan pada bulan Oktober, di Ipoh, Perak. Kelas Asas Fardu Ain dan Fardu Kifayah Harian (Kaffah) juga akan bermula pada bulan Februari nanti. Saya berharap agar ibu bapa sekalian akan memberi sumbangan dan sokongan untuk menjayakan program pembangunan iman serta insan yang dilaksanakan di Pasti di seluruh negara.


Semoga anak-anak kita akan mendapat pendidikan terbaik di Pasti manakala kita akan menjadi ibu bapa dan komuniti yang sentiasa mendokong usaha pembangunan pendidikan terbaik kepada mereka. Bangunkan jiwa anak-anak kita dengan semangat persaudaraan dan perpaduan sejati. Corakkan kain putih itu dengan celupan ilahi. Terima kasih.


Azrin bin Ab. Majid

Wednesday, December 23, 2009

Selamat Datang Ke Ladies Night..


Sedar atau tidak, tahun 2009 bakal melabuhkan tirainya, tahun 2010 bakal menjelma. Kebiasaannya, tahun baru disambut oleh generasi muda dengan program hiburan yang melampau dan melalaikan serta pelbagai program lagi yang tidak berlandaskan syariat. Berhibur tiada salahnya, kerana hiburan itu indah jika apabila salah memilihnya membuat kita jadi bersalah. Justeru, Nisa’ Puchong dengan kerjasama Penggerak Belia MPSJ mengambil inisiatif dengan menganjurkan program Ladies Night dengan harapan agar dapat membantu masyarakat khususnya para wanita dan remaja dalam menyediakan satu alternatif hiburan yang menepati syariat. Selain itu juga, program Ladies Night dianjurkan adalah bertujuan untuk melahirkan wanita yang berketerampilan, berkeyakinan serta bersahsiah tinggi.

  
Diharap, dengan adanya sokongan dan kerjasama daripada pelbagai pihak sama ada daripada agensi kerajaan, swasta mahupun orang perseorangan program Ladies Night ini dapat mencapai matlamat demi melahirkan masyarakat khasnya wanita yang berdaya saing, berpersonaliti, bersahsiah tinggi (menepati syariat) mengamalkan gaya hidup sihat dari aspek mental dan fizikal serta seimbang bagi mewujudkan sebuah negara Malaysia yang Cemerlang, Gemilang dan Terbilang menjelang tahun 2020.

OBJEKTIF
1.      Mengadakan alternatif  hiburan yang berlandaskan syariat; eksklusif untuk wanita & remaja perempuan
2.  Merapati golongan wanita & remaja perempuan setempat dalam usaha untuk menyampaikan mesej dakwah Islamiyah secara santai.
      3.  Menyediakan satu ruang untuk Nisa’, Penggerak Belia MPSJ & masyarakat setempat khususnya kaum wanita bekerjasama dan merapatkan ukhwah dan mengikat silaturrahim.

Makluman Program adalah seperti berikut:

ANJURAN
Nisa’ Puchong dengan kerjasama Penggerak Belia MPSJ
 
TARIKH PROGRAM
31 Disember 2009 / 14 Muharram 1431H (Khamis)
  
TEMPAT
Dewan MPSJ Puchong Indah
 
ACARA YANG DIPERTANDINGKAN
1)      Karaoke – lagu ketuhanan
a)                 Solo
b)                 Duet- ibu dan anak                            
c)                 Kumpulan ( maksimum 5 orang)
  
PERSEMBAHAN
      1) Busana Muslimah

SEMUA DIJEMPUT HADIR...  BERSAMA MERAIKAN HIBURAN ALTERNATIF BERSAMA NISA' PUCHONG.. JUMPA DI SANAAA.. INSYAALLAH..

Tuesday, November 17, 2009

kursus memeriksa buku log

semalam 16 Nov 2009 satu kursus sehari untuk memeriksa buku log telah diadakan di pejabat PASTI di Gombak.  Kursus ini telah dikendalikan oleh Puan Khairiah, mantan ketua MGP Selangor;  saya cukup salute dengan kak yah.. semangatnya.. keikhlasannya untuk memajukan Pasti dapat di lihat dalam setiap butir tutur katanya.  saya sendiri ingin punya semangat jitunya. 


 

 

 

Friday, October 30, 2009

Pasti tarik pelajar tahun 1 kembali ke kelas Pasti

KOTA BHARU, 28 Okt: Pusat Asuhan Tunas-Tunas Islam (Pasti) Malaysia akan memperkenalkan Kurikulum Kaafah (Kurikulum Asas Fardhu Ain dan Asas Fardhu Kifayah) dalam kurikulum pembelajaran Pasti.

Pengarahnya, Azrin Abd Majid berkata, kurikulum baru bermatlamat menarik semula kanak-kanak lepasan Pasti yang berada di tahap satu kembali semula ke Pasti.

"Mereka boleh mendapat pendidikan lanjutan dalam bentuk modul pendidikan Islam dan juga akademik selama 30 minggu setahun,"katanya di sini.

Katanya, pelancaran kurikulum itu nanti akan mencetuskan sejarah baru buat Pasti.
Menurutnya kurikulum Kaafah juga merupakan konsep usrah atau tuisyen kepada anak-anak yang berusia seawal tujuh tahun.

Beliau juga berkata, sambutan terhadap Pasti begitu menggalakkan termasuk anak-anak bukan Islam dihantar belajar di kelas Pasti.

"Kita juga menubuhkan Pasti khusus untuk anak-anak orang bukan Islam seperti di Kuala Kangsar, Perak iaitu anak-anak orang India yang tinggal di ladang di negeri itu.

"Kami juga mewujudkan Pasti di Bagan Nakhoda Omar Kelang, Selangor di mana seramai 20 pelajar anak kaum Tionghua,"katanya.

Manakala di Kelantan terdapat Pasti yang dibuka di kampung penduduk Siam.
Kata beliau Pasti membuka Pasti yang 'multiratio' bagi memberi pendidikan khusus kepada anak-anak di kawasan penduduk pelbagai kaum.

Beliau juga berkata, cabaran dengan wujudnya kelas prasekolah di sekolah kebangsaan dan projek Permata Negara pada peringkat awal ada sedikit kesan kepada Pasti.

"Namun dalam tempoh tiga tahun kebelakangan ini Pasti menunjukkan lonjakan pertambahan pelajar yang sangat menggalakkan.

"Jelas berlaku pertambahan bilangan pelajar dengan adanya kerajaan Pakatan," katanya.
Mengenai sambutan 25 Tahun Pasti Malaysia, beliau berkata objektif sambutan itu bagi menghargai tenaga pencetus dan penggerak zaman awal penubuhannya.

Katanya, pencapaian Pasti selama 25 tahun dapat merapatkan ukhuwah di kalangan saf kepimpinan Pasti Pusat, negeri, kawasan dan cawangan.

Sambutan itu akan diadakan 30 dan 31 Oktober ini bertempat di Dataran Stadium Sultan Mohd Ke-IV.
Perasmiannya akan dilakuakan dilakukan Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Manakala pada malamnya akan diadakan ceramah perdana yang akan disampaikan Naib Presiden PAS, Datuk Mahmuf Omar; Ketua Pemuda PAS, Nasaruddin Hassan dan Ahli parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Nizar Jamaludin.

Dan pada 31 Oktober diadakan perasmian Mesyuarat Agung Koperasi Pasti Malaysia

Saturday, October 17, 2009

majlis hari raya pasti kawasan Puchong

salam..



cikgu syed mengalu-alukan kehadiran tetamu

 
mantan pengerusi Pasti dan mantan ketua Pemuda
 
pengerusi pasti kawasan puchong dan timbalan pengerusi 2
 
antara guru yang hadir.. 
 
ketua mgp sedang bertafakur.. :-)

Thursday, October 8, 2009

Jadual Peperiksaan Akhir Tahun 2009





 
 
 Catatan :

1. Peperiksaan ujian lisan diadakan seminggu sebelum dan selepas peperiksaan.
2 . Analisis peperiksaan cawangan-cawangan mesti dihantar ke Kawasan pada atau sebelum 30 oktober 2009.
3. Analisis peperiksaan kawasan-kawasan pula perlu diserahkan pada atau sebelum 2 November 2009.

Hari Raya MGP Kawasan Puchong

Pada 4 Okt 2009 mgp kawasan Puchong telah berjaya mengadakan majlis sambutan hari raya mgp di Pasti Ainul Mardhiah dengan meriah dan semangat setiakawan.  Masing2 bawa menu yang diarahkan.. penuh meja.  kak in  dijemput untuk beri ucapan dan motivasi pada semua guru-guru.  majlis tamat sebelum zohor.  terimakasih sahabat2 semua atas kerjasama yang telah diberikan.