BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS �

Sunday, February 21, 2010

Kursus K4T

 sumber: http://pastinegeriselangor.blogspot.com/
Pada 19-21 Febuari 2010 yang lepas seramai 48 orang guru PASTI Selangor telah mengikuti kursus Kelas 4 Tahun (K4T). Kursus tersebut dianjurkan oleh Unit Kurikulum PASTI Pusat bertempat di pejabat PASTI Pusat, Gombak. Kursus ini merupakan kursus pengenalan bagi membantu guru dalam pengajaran pelajar 4 tahun. Antara pengisian kursus K4T ialah penerangan tentang keperlan pendidikan awal kanak-kanak, teori pembelajaran kanak-kanak, kurikulum K4T, dan konsep K4T. InsyaAllah akan ada kursus seperti ini yang akan dibuat berperingkat untuk setiap negeri.

Peserta diberi pendedahan melalui ceramah
Peserta menjalankan aktiviti dalam kumpulan

MGP Kawasan Puchong turut menghantar 5 orang guru ke kursus K4T ini.

Saturday, February 13, 2010

Pertandingan Mencipta Logo Expasti Negeri Trengganu

Oleh najmuddin

maklumat lanjut layari:
http://expastitrg.blogspot.com/

Thursday, February 11, 2010

Maklumat Pasti Cawangan Seluruh Negeri Selangor

Bengkel Pengurusan PASTI Kawasan Puchong

Sabtu 6 Feb bertempat di Pejabat Pemuda Pinggiran Putra, Pasti Kawasan Puchong telah berjaya mengadakan Bengkel Pengurusan yang diadakan setiap tahun. Bengkel ini telah dirasmikan oleh ustaz Soffiean YDP PAS Kawasan Puchong. Program bermula jam 9.30am.  Mantan Pengerusi PASTI Kawasan juga dijemput dalam kertas kerja yg ke 2 bertajuk 'pembugaran"

MGP telah memberi beberapa usul, antaranya:

1. Cuti ihsan dan cuti sakit
2. Tugasan guru untuk bulan Disember
3. Hari pertama persekolahan
4. kebajikan guru : Insuran Dana Pekerja dan Guru yang ditimpa musibah
5. Bonus tahunan dan kenaikan elaun
6. Pengambilan guru baru dan pemberhentian guru



Sunday, January 31, 2010

Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang PASTI Malaysia 2009

Sabtu 30 Jan 2010 Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang PASTI Malaysia 2009 telah dapat diadakan dengan jayanya dan dalam suasana yang meriah.  Majlis ini telah diadakan di Auditorium Utama Kompleks E3 Fakulti Kejuruteraan Universiti Antarabangsa Malaysia Gombak dan di rasmikan oleh YBhg Encik Ahmad Sabki bin Yusof selaku Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat.

Seramai 14 orang pelajar terbaik 5 tahun dan 14 orang pelajar terbaik 6 tahun dari seluruh negeri di Malaysia telah diraikan. Majlis ini adalah untuk memberi pengiktirafan kepada pelajar yang telah menunjukkan kecemerlangan dari aspek akademik, kokurikulum dan sahsiah Islam dalam program pendidikan PASTI.

TAHNIAH kepada pelajar-pelajar cemerlang yang telah dirai juga tahniah kepada semua yang telah menjayakan program ini.

 
 pendaftaran..
  
 Sof pimpinan MGP Pusat
  
 Pelajar terbaik 6 tahun bergambar kenangan
  
 Pelajar terbaik 5 tahun seluruh negeri di Malaysia
  
 Majlis Guru Pasti Negeri Selangor
  
 Persembahan Nasyid dari Pasti Al Firdaus dari Kawasan Puchong
 
Pelajar dari Pasti Al Firdaus dari Kawasan Puchong mendeklamasi sajak yang bertajuk GURU.

Friday, January 29, 2010

Bengkel Pengurusan PASTI Puchong

Salam..
MGP Puchong akan mengadakan perjumpaan untuk membincangkan usul atau resolusi untuk dibawa ke Bengkel Pengurusan nanti.  Perjumpaan akan diadakan seperti makluman berikut:

Tarikh:   2 Feb 2010 (Selasa)
Tempat: Pasti Al Mawardi
Masa:    3 pm

Mohon guru datang bukan dengan minda yang kosong. 

Terima kasih atas kerjasama guru2 semua..

Hari Kecemerlangan PASTI Negeri Selangor

Sumber:  http://pastinegeriselangor.blogspot.com/

Pada 23 Januari 2010 lepas, PASTI Negeri Selangor mengadakan Majlis Kecemerlangan Pelajar PASTI Negeri Selangor bagi tahun 2009 bertempat di Institut Pertanian Serdang. Seramai 44orang murid 5 dan 6 tahun daripada 22 kawasan seluruh Negeri Selangor telah diraikan dalam majlis ini. Majlis dirasmikan oleh Yang Berhormat Dr. Shafie Abu Bakar ADUN Bangi. Adik Munawwarah Bt. Mahadi dari PASTI Bestari kawasan Puchong dinobatkan sebagai murid terbaik 5 tahun dan adik Mohammad Aqil B. Mohd Idris dari PASTI Littel Ikhwan kawasan Kuala Selangor dinobatkan sebagai murid terbaik 6 tahun. Kedua-dua murid ini dipilih berdasarkan markah tertinggi dalam ujian penilaian PASTI Negeri SELANGOR yang diadakan pada 12nov 2009 yang lalu.


Kehadiran ibubapa dan guru memeriahkan lagi majlis
Ucapan aluan oleh Pengarah PASTI Negeri Selangor