BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS �

Saturday, January 29, 2011

Cadangan Acara Sukaneka

~ Acara sukan ini hanya cadangan dari MGP sahaja, ianya akan dibawa ke mesyuarat PASTI Puchong pada 7 Feb 2011 untuk dibincangkan.  Saya letak di sini kerana ada MGP yang memerlukannya. harap maklum~


Sukaneka PASTI Kawasan Puchong akan di bahagi kepada 2 zon


Zon 1
Tarikh: 12 Mac 2011 (Ahad)
Tempat: Serdang Jaya


Pasti Yang Terlibat:
1. Pasti Al Husaini - Ketua
2. Pasti Ainul Mardhiah
3. Pasti Al Firdaus
4. Pasti Ar Raihan
5. Pasti Putra Permai


Zon 2
Tarikh: 12 Mac 2011 (Ahad)
Tempat: Padang Taman Sri Puchong


Pasti yang terlibat:
1. Pasti Bestari - Ketua
2. Pasti As Syifaa
3. Pasti An Nur
4. Pasti Al Mawardi
5. Pasti Al Huda
6. Pasti Al Iqbal
7. Pasti Taman Sri Puchong


Acara 4 tahun ( Lelaki & Perempuan)

1.       Menjunjung buntil – 4 orang pelajar
2.       Passing bola – 4 orang pesertaCucuk straw
3.       Cucuk straw – straw besar cendol – potong 2 ( guna 20 straw)

Acara 5 tahun ( Lelaki & Perempuan)

1.       Isi  air dalam botol – 5 orang peserta
2.       Junjung buku – 5 orang peserta
3.       Bawa bola pingpong dalam sudu – 5 orang peserta
4.       Lari berhalangan – pusing kerusi – 5 orang peserta

Acara 6 tahun ( Lelaki & Perempuan)

1.       Membina bangunan (guna gelas terpakai) – 5 orang peserta
2.       Jalan ulat bula (lelaki & perempuan asing) – 10 orang peserata
3.       Pas belon air – 5 orang peserta
4.       Oglek  gelung – 6 orang peserta

Acara Ibu bapa

1.       Ibu: membawa lilin
:2.      Taji ayam: letak belon di kaki n tangan

·         Acara kemuncak TARIK TALI
·         Semua perlawanan – peserta terakhir memakai ikat di kepala.

MAJLIS GURU PASTI ~ PERJUANGAN

MAKLUMAN CUTI SEMPENA CHINESE NEW YEAR 2011

DPPNS/PASTI/N08/2.01/2011(1)                                           25 hb Januari 2011/21 Safar 1432 Hijriah

Kepada :
Pengerusi Kawasan-kawasan
Pengerusi MGP Kawasan-kawasan
Pengurus PASTI Cawangan
Tuan,

CUTI SAMBUTAN  TAHUN BARU CINA 2011 PASTI NEGERI SELANGOR

Sukacita perkara di atas adalah dirujuk.

Adalah dimaklumkan bahawa PASTI Negeri Selangor akan meraikan Sambutan Tahun Baru Cina mengikut  ketetapan seperti berikut:

Tarikh  :   2 hingga 4hb Februari 2011 (Rabu, Khamis dan Jumaat sahaja )
               Hari Isnin 7 hb Februari 2011  adalah hari persekolahan seperti biasa.

Sila ambil perhatian dan tindakan dari pihak tuan.

Perhatian yang tinggi dan kerjasama dari pihak tuan di ucapkan ribuan terima kasih.

“ 25 TAHUN PASTI NEGERI SELANGOR”
” PASTI FOR ALL ”

Yang Benar,
Mohd Aslam Bin Mohd Khanani
Setiausaha PASTI Negeri Selangor.

Loka Karya PASTI Kawasan Puchong

sumber: http://pastikawasanpuchong.blogspot.com/


16 Jan 2011 Ahad PASTI Kawasan Puchong telah berjaya mengadakan bengkel pengurusan atau juga diberi nama Loka Karya PASTI Kawasan Puchong.  Program ini telah dirasmikan oleh YDP PAS Puchong iaitu Ustaz Sufyan Ismail yang banyak menyentuh tentang akhlah dalam berjemaah.

Dalam bengkel ini juga dimasukkan perbincangan tentang taqwim PASTI untuk tahun 2011.  Disamping itu dibincangkan juga beberapa resolusi berkaitan dengan cuti MGP dan sebagainya.  Secara keseluruhan program ini sangat berjaya dan dapat memberi gambaran yang jelas tentang halatuju PASTI Kawasan Puchong bagi  tahun 2011.




Friday, December 10, 2010

Perserta kursus KSPP dan KAPP 4

Kepada :

Pengerusi PASTI Kawasan Kawasan
Pengurus PASTI Cawangan-cawangan
Majlis Guru PASTI Kawasan-kawasan

Saudara/Saudari,

Kursus  Persijilan  Perguruan PASTI  (KSPP)  PASTI NEGERI SELANGOR 2010

Sukacita perkara di atas adalah dirujuk.

Adalah dimaklumkan bahawa PASTI Negeri Selangor akan menganjurkan program diatas mengikut ketetapan berikut:

Tarikh                                   :               18-20hb Disember 2010 ( Sabtu - Isnin)

Masa Pendaftaran              :               4.00 petang (sabtu)

Tempat                                 :               PASTI UNISEL BISTARI, Kuala Selangor, Selangor  D E

Pendaftaran Peserta          :               RM 70.00 /  1 orang peserta

Peserta                                 :               a) Guru-guru yang wajib hadir dalam kursus ini telah mengaikuti 4 kali KURSUS KAPP AMBILAN 1- 2009 PASTI NEGERI SELANGOR.

2) Guru sila bawa bersama Buku Persediaan kursus yang dilampirkan dalam mesyuarat hari ini.. PAKAIAN RIADAH semua guru wajib bawa. Sila sahkan kehadiran kepada saya (0192144296) ATAU  Puan Jaswati ,Setiausaha MGP (0123277058)  ATAU Saudara Hafiz  (013-3449306) sebelum atau pada 14hb Disember  2010.

3) Makluman awal telah dimaklumkan didalam mesyuarat PASTI negeri pada 28/11/2010 yaitu hari ini.
Kerjasama yang diberikan didahului dengan ucapan Jazakallah khairan kathira.

“25 Tahun PASTI Memimpin Perubahan”

Yang menjalankan tugas,
” PASTI FOR ALL ”

Setiausaha Jabatan PASTI Negeri Selangor
0192144296 Mohd Aslam Mohd Khanani

Sk.           Setiausaha Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor



peserta yang layak hadir dari kawasan Puchong adalah seperti berikut:

1 NURUL AIN HAYATI BT HUSIN 
 2 NURUL IZZATI BT MUSTAFA 
 3 ZURIATI BT YAZID 
 4 ROSNIWATI BT RAZALI 
 5 FAIEZAH BT MOSTAFHA 
 6 MAZNI BT OTHMAN 
 7 SITI AMINAH BT MOHAMED 
 8 ASLINAH BT ALI 
 9 NOR KHATIJAH BT MASDER 
 10 ZAILINA BT. ATAN  

Berikut pula adalah nama peserta untuk KAPP 4

1 KHURAIDA BINTI ABDUL JALIL 
 2 HALIMATON SAADIAH BT ABDULLAH 
 3 ROSHIMAH BT ABDUL HALIM 
 4 NURUL AIN HAYATI BT HUSIN 
 5 NURUL IZZATI BT MUSTAFA 
 6 ZURIATI BT YAZID 
 7 NURUL WAHANIS BT ABDULLAH 
 8 ROSNIWATI BT RAZALI 
 9 FAIEZAH BT MOSTAFHA 
 10 MAZNI BT OTHMAN 
 11 SITI AMINAH BT MOHAMED 
 12 ASLINAH BT ALI 
 13 NOR KHATIJAH BT MASDER 
 14 ZAILINA BT. ATAN  

KAPP akan diadakan pada 25 dan 26 Dis 2010 

Tuesday, November 9, 2010

Majlis Kecemerlangan Pasti Puchong

Pasti kawasan Puchong telah memberi ulasan tentang MKP Puchong. boleh baca di sini

Saya hanya ingin memaparkan gambar MGP di hari kejadian.

Mesyuarat khas persiapan Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar diwaktu pelajar yang mengambil peperiksaan setara sedang berlangsung.



Sewaktu persiapan petang sabtu 6 Nov 2010









Monday, November 1, 2010

Lawatan Ke Zoo Melaka

Dari blog pastikawasanpuchong

Alhamdulillah pada 30 Okt 2010 Sabtu 3 PASTI dari kawasan Puchong iaitu Pasti Bestari, Pasti Al Mawardi dan Pasti As-Syifaa' telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Zoo Melaka.  Seramai 37 pelajar dan 14 orang guru telah bersama dalam program ini. Pelajar mula berkumpul jam 7.30 pagi dan kami kami tiba dari Melaka jam 8.15pm.  Banyak pengalaman menarik sepanjang berada di sana. Terima kasih kepada cikgu Ila dari Pasti Ainul Mardhiah yang bersama membantu menjaga palajar.