BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS �

Friday, August 28, 2009

Hari Bakat PASTI KAWASAN PUCHONG

Pada 15 Ogos (sabtu) yang baru berlalu, Pasti Kawasan Puchong telah berjaya mengadakan acara tahunan Hari Bakat PASTI bertempat di Sekolah Rendah Islam Nurul Hidayah. Majlis bermula jam 9 pagi dan tamat pada jam 1 tengahari.

Alhamdulillah program ini telah berjalan dengan meriah dan semangat kerjasama oleh guru-guru, para ibubapa dan pelajar. Sekalung ucapan terima kasih kepada pihak sekolah SRI nurul Hidayah kerana telah membenarkan kami menggunakan dewan dan surau sekolah tersebut. Juga terima kasih tidak terhingga kepada guru-guru sekolah SRI Nurul Hidayah. guru-guru KAFA dan Nisa' yang telah sedia bekerjasama sebagai juri pertandingan dan juga MC majlis.
Bermacam ragam kanak-kanak dapat kita lihat dalam program seperti ini. Ada yang bersemangat, yakin dan tidak sabar-sabar untuk menunjukkan bakat masing-masing. Tidak kurang juga yang menarik diri di saat akhir dan yang mengalirkan air mata dia atas pentas. Guru-guru terpaksa memainkan peranan masing-masing agar sesuatu program itu berjalan lancar.

Pasti Ainul Mardhiah telah menjadi juara keseluruhan utk Hari Bakat pada tanun 2009. TAHNIAH..!
Terima kasih dari MGP kawasan Puchong untuk semua yang terlibat.

sumber: http://assyifaa.blogdrive.com/






Sunday, July 12, 2009

Pesta Sukan PASTI MALAYSIA



MGPK Puchong telah turut sama menjayakan Pesta Sukan PASTI Malaysia yang telah diberi tugas dibahagian persegaran. Kami telah menghantar tiga orang guru dan tiga orang lagi diwakili oleh ajk Pasti Kawasan.

Pesta Sukan PASTI Malaysia telah berlangsung dengan jayanya dengan Selangor sebagai tuan rumah pada 19-20 Jun 2009 di Universiti Industri Selangor (UNISEL), Bestari Jaya. Sebanyak 13 kontinjen dari negeri-negeri seluruh Malaysia termasuk Sabah telah menyertai Pesta Sukan PASTI pada kali ini.

Tahniah kepada PASTI Negeri Selangor kerana menjadi Juara Pertandingan Bola Sepak dan Naib Juara Pertandingan Bola Jaring serta dinobatkan sebagai Juara Keseluruhan Pesta Sukan PASTI Malaysia 2009.

Monday, May 25, 2009

HARI GURU PASTI & KONVO NEGERI SELANGOR

Seperti biasa bulan Mei datang dan pergi, dan kini Mei sudah hampir ke penghujungnya. Kami guru-guru PASTI Kawasan Puchong juga tidak ketinggalan dengan aktiviti yang padat.

23 Mei merupakan Hari Guru PASTI Negeri Selangor dan Hari Konvokesyen Guru PASTI bagi tahun 2009. Majlis pada kali ini bertempat di Dewan Perpustakaan Negeri di Shah Alam. Buat julung kalinya guru-guru yang akan dikonvo diwajibkan mengambil peperiksaan terlebih dahulu, bukan senang rupanya..:-)

Berikut adalah suasana pada hari tersebut:-


Ketua Muslimat dan Setiausaha DMPNS turut bersama meraikan Hari Guru PASTI negeri Selangor.

Guru Pasti Kawasan Puchong yang dikonvokan pada tahun ini, 2 orang dari Pasti As-Syifaa dan 2 orang lagi dari Pasti An Nur

Terpaksa mengambil peperiksaan sebelum dikonvokan

Sebahagian dari guru PASTI negeri Selangor yang dikonvo pada tahun ini

Wednesday, May 20, 2009

Hari Guru PASTI bersama PEMUDA

Pada 17 Mei 2009 (Ahad) PEMUDA dan PASTI Kawasan Puchong telah bersama meraikan Hari Guru dan bekas PEMUDA bertempat di Teratak Hijjaz Bangi. Saya mewakili MGP Kawasan Puchong mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Pasti Kawasan dan Pemuda kerana bersama meraikan kami guru-guru PASTI di Kawasan Puchong.

Berikut adalah antara gmabar-gambar yang sempat saya rakamkan.


Pendaftaran di Teratak Hijaz

Antara guru-guru yang hadir

Guru turut diberi penghargaan

Ketua MGP menyampaikan cenderahati kepada Pengerusi PASTI Kawasan

Pasti Kawasan Puchong telah menerima anugerah PASTI pengurusan terbaik seluruh negeri Selangor buat kali ke dua.

Sehari sebelumnya iaitu pada 16 Mei 2009 sabtu bertempat di Pasti As-Syifaa Majlis Hari Guru peringkat MGPK Puchong telah diadakan. Selain jamuan makan kami juga telah mengadakan persembahan guru-guru, di mana setiap Pasti telah mengadakan persembahan yang cukup hebat. Antaranya nasyid, berbalas pantun, sajak, dikir barat dan lagu-lagu lama seperti larut malam yang telah diubah suai dan juga lagu doremi. kesimpulannya.. BEST..!! :-)







JASAMU DIKENANG... KEMESRAAN SENTIASA DI INGATAN..

Monday, May 18, 2009

Program SMILE dan Bengkel RPT

Pada 1 Mei 2009 MGPK Puchong dengan kerjasama cikgu Syed telah mengadakan satu program yang diberi nama SMILE. Ianya amat menarik dan merupakan satu penambah baikan dalam pengajaran dan pembelajaran di PASTI.

Sebelum itu, sebelah paginya kami telah menjemput ustazah Salimah Sain dalam sesi usrah bersama MGP. Banyak cetusan idea dan ilmu dapat kami garapkan dalam usrah tersebut.

Pada 10 Mei 2009 pula MGPK Puchong telah mengadakan satu bengkel RPT (Rancangan Perhimpunan Tahunan) seperti yang diminta oleh MGP Negeri.





Monday, April 20, 2009

KURSUS JURULATIH UTAMA

Gombak 20 April 2009 bertempat di Pejabat Pasti Pusat, satu bengkel Jurulatih Utama telah diadakan. Ianya telah dikendalikan sepenuhnya oleh mantan ketua MGP Negeri Selangor Puan Khairiah bt Muhammad. Beliau kini merupakan salah seorang ALP Pusat.

Sepanjang hari ini kami kami telah didedahkan dengan cara-cara untuk mengendalikan perhimpunan pagi yang berkesan dan RPT (kalau tak silap saya Rancangan Perhimpunan Tahunan) yang diberi pengkhususan untuk matapelajaran Bahasa Inggeris.

Apa yang boleh saya katakan.. Terima kasih Kak Yah.. Jasamu dikenang..





Saturday, April 18, 2009

Sukan Pasti Kawasan Puchong

salam,

Alhamdulillah, pagi tadi, 18 April 2009 bertempat di padang Bandar Kinrara BK4, sukan bolasepak dan bolajaring Pasti Kawasan Puchong telah berjaya dilaksanakan dengan penuh semangat kesukanan dan muhibbah.

PAsti An Nur telah berjaya sebagai Johan dalam permainan bolasepak manakala Pasti Ainul Mardhiah telah berjaya menggodol juara untuk pasukan bolajaring. Pasukan ini akan mewakili Pasti Kawasan Puchong untuk mara seterusnya peringkan sukan negeri Selangor. SYABAS dari MGP Kawasan Puchong.


Para pengadil bolajaring dari Nisa, SMIP dan Lajnah Sukan DMPKP. Terimakasih daun keladi dari kami..
Kesian kepanasan.

Urusetia sedang berbincang.
Penjaring terbanyak bolasepak dan penjaring terbanyak bolajaring dari Pasti Al Iqbal. TAHNIAH..!
Semangat kesukanan.
Pasukan dari pasti As-Syifaa' dari Puchong Utama