semalam 16 Nov 2009 satu kursus sehari untuk memeriksa buku log telah diadakan di pejabat PASTI di Gombak. Kursus ini telah dikendalikan oleh Puan Khairiah, mantan ketua MGP Selangor; saya cukup salute dengan kak yah.. semangatnya.. keikhlasannya untuk memajukan Pasti dapat di lihat dalam setiap butir tutur katanya. saya sendiri ingin punya semangat jitunya.
Tuesday, November 17, 2009
kursus memeriksa buku log
Dihantar oleh: kalam cyber at Tuesday, November 17, 2009 0 comments
Friday, October 30, 2009
Pasti tarik pelajar tahun 1 kembali ke kelas Pasti
KOTA BHARU, 28 Okt: Pusat Asuhan Tunas-Tunas Islam (Pasti) Malaysia akan memperkenalkan Kurikulum Kaafah (Kurikulum Asas Fardhu Ain dan Asas Fardhu Kifayah) dalam kurikulum pembelajaran Pasti.
Pengarahnya, Azrin Abd Majid berkata, kurikulum baru bermatlamat menarik semula kanak-kanak lepasan Pasti yang berada di tahap satu kembali semula ke Pasti.
"Mereka boleh mendapat pendidikan lanjutan dalam bentuk modul pendidikan Islam dan juga akademik selama 30 minggu setahun,"katanya di sini.
Katanya, pelancaran kurikulum itu nanti akan mencetuskan sejarah baru buat Pasti.
Menurutnya kurikulum Kaafah juga merupakan konsep usrah atau tuisyen kepada anak-anak yang berusia seawal tujuh tahun.
Beliau juga berkata, sambutan terhadap Pasti begitu menggalakkan termasuk anak-anak bukan Islam dihantar belajar di kelas Pasti.
"Kita juga menubuhkan Pasti khusus untuk anak-anak orang bukan Islam seperti di Kuala Kangsar, Perak iaitu anak-anak orang India yang tinggal di ladang di negeri itu.
"Kami juga mewujudkan Pasti di Bagan Nakhoda Omar Kelang, Selangor di mana seramai 20 pelajar anak kaum Tionghua,"katanya.
Manakala di Kelantan terdapat Pasti yang dibuka di kampung penduduk Siam.
Kata beliau Pasti membuka Pasti yang 'multiratio' bagi memberi pendidikan khusus kepada anak-anak di kawasan penduduk pelbagai kaum.
Beliau juga berkata, cabaran dengan wujudnya kelas prasekolah di sekolah kebangsaan dan projek Permata Negara pada peringkat awal ada sedikit kesan kepada Pasti.
"Namun dalam tempoh tiga tahun kebelakangan ini Pasti menunjukkan lonjakan pertambahan pelajar yang sangat menggalakkan.
"Jelas berlaku pertambahan bilangan pelajar dengan adanya kerajaan Pakatan," katanya.
Mengenai sambutan 25 Tahun Pasti Malaysia, beliau berkata objektif sambutan itu bagi menghargai tenaga pencetus dan penggerak zaman awal penubuhannya.
Katanya, pencapaian Pasti selama 25 tahun dapat merapatkan ukhuwah di kalangan saf kepimpinan Pasti Pusat, negeri, kawasan dan cawangan.
Sambutan itu akan diadakan 30 dan 31 Oktober ini bertempat di Dataran Stadium Sultan Mohd Ke-IV.
Perasmiannya akan dilakuakan dilakukan Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Manakala pada malamnya akan diadakan ceramah perdana yang akan disampaikan Naib Presiden PAS, Datuk Mahmuf Omar; Ketua Pemuda PAS, Nasaruddin Hassan dan Ahli parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Nizar Jamaludin.
Dan pada 31 Oktober diadakan perasmian Mesyuarat Agung Koperasi Pasti Malaysia
Dihantar oleh: kalam cyber at Friday, October 30, 2009 0 comments
Saturday, October 17, 2009
majlis hari raya pasti kawasan Puchong
salam..
Dihantar oleh: kalam cyber at Saturday, October 17, 2009 0 comments
Thursday, October 8, 2009
Jadual Peperiksaan Akhir Tahun 2009
Catatan :
1. Peperiksaan ujian lisan diadakan seminggu sebelum dan selepas peperiksaan.
2 . Analisis peperiksaan cawangan-cawangan mesti dihantar ke Kawasan pada atau sebelum 30 oktober 2009.
3. Analisis peperiksaan kawasan-kawasan pula perlu diserahkan pada atau sebelum 2 November 2009.
Dihantar oleh: kalam cyber at Thursday, October 08, 2009 0 comments
Hari Raya MGP Kawasan Puchong
Pada 4 Okt 2009 mgp kawasan Puchong telah berjaya mengadakan majlis sambutan hari raya mgp di Pasti Ainul Mardhiah dengan meriah dan semangat setiakawan. Masing2 bawa menu yang diarahkan.. penuh meja. kak in dijemput untuk beri ucapan dan motivasi pada semua guru-guru. majlis tamat sebelum zohor. terimakasih sahabat2 semua atas kerjasama yang telah diberikan.
Dihantar oleh: kalam cyber at Thursday, October 08, 2009 0 comments
Monday, September 28, 2009
PERUBAHAN MAJLIS HARI RAYA MGP
salam,
sedikit perubahan telah berlaku pada tarikh majlis hari raya MGP kawasan Puchong kerana bertindih dengan hari penamaan calon PRK DUN Bagan Pinang.
Majlis hari raya MGP kawasan Puchong adalah seperi berikut:
Tarikh: 4 Okt 2009 (Ahad)
Tempat: Pasti Ainul Mardhiah
Masa: 9 pagi
Peserta: MGP sahaja
tiada perubahan pada menu.
Dihantar oleh: kalam cyber at Monday, September 28, 2009 0 comments
Wednesday, September 16, 2009
Peperiksaan Setara Kawasan Dan Hari Anugerah Kecemerlangan Pelajar 2009
salam,
Makluman awal untuk Peperiksaan Setara Pasti Kawasan Puchong:
Tarikh: 11 November 2009 ( Rabu)
Masa: 8.30 pagi
Tempat: Belum diputuskan
Dalam mesyuarat Pasti Kawasan 5 sept (sabtu) telah diputuskan hanya guru kanan sahaja dibenarkan membawa pelajar untuk menghadiri peperiksaan. Hanya 2 orang pelajar terbaik 6 tahun dan 2 orang pelajar terbaik 5 tahun sahaja yang akan menduduki peperiksaan tersebut. Semua peralatan seperti pensil, pemadam, pengasah pensel, pembaris dan pensil warna hendaklah disediakan oleh pasti masing-masing. Cikgu Syed ditugaskan sebagai pemantau peperiksaan setara ini. Hanya seorang pelajar terbaik kawasan 5 dan 6 tahun sahaja yang akan menjadi wakil dalam peperiksaan setara peringkat negeri Selangor nanti.
Makluman berkaitan Hari Anugerah Kecemerlangan Pasti Kawasan:
Tarikh: 15 Nov 2009 (sabtu)
Tempat: Dewan MPSJ Puchong Indah
Masa: 8.30pg - 1 pm
Pada tahun mesyuarat telah memutuskan hanya pelajar 6 tahun sahaja yang dijemput ke program ini. Pelajar 5 thn hanya untuk pelajar yang mendapat tempat 1, 2 dan 3 sahaja. Pelajar 4 tahun tidak dijemput. Ini adalah untuk mengelakkan kesesakan di dalam dewan.
* borang analisa akan diberi kepada guru kanan. harap dapat siapkan awal. Terima kasih.
Dihantar oleh: kalam cyber at Wednesday, September 16, 2009 0 comments















