BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS �

Sunday, March 14, 2010

Konvensyen Pakatan Negeri Selangor

Majlis Guru PASTI Kawasan Puchong tidak ketinggalan untuk turut bersama dalam setiap program yang dianjurkan oleh PAS Negeri Selangor termasuklah dalam program Konvensyen Pakatan Rakyat yang telah diadakan pada 7 Mac 2010 ahad bertempat di Dewan Jubli Bangunan Sultan Abdul Aziz Shah di Shah Alam baru-baru ini.

Ijtima' Muslimat Negeri Selangor

salam.

Alhamdulillah ijtimak Muslimat PAS Negeri Selangor yang diadakan pada 27 Feb Ahad di Auditorium MBSA Wisma Majlis Bandaraya Shah Alam telah dihadiri oleh lebih 1000 orang peserta.  Beberapa kawasan telah menyewa bas khas untuk menghadiri program inil.  Antara kertas kerja yang dibentangkan adalah:

1. Kertas Kerja 1: Analisa PRU 12: Persiapan PRU 13 oleh Wan Nik bin Wan Yusoof Ngah
2. Kertas Kerja 2: Persiapan PRU 13 Muslimat PAS Selangor oleh Ustazah Mariam Abd Rashid
3. Forum: Muslimat: Mendepani Cabaran Mempertahan Kemenangan
    Ahli Panel: Ybhg Dato' Mustafa Ali
                      Ybhg Cikgu Radzi
   Moderator: Puan Noraini Husin

MGP Kawasan Puchong turut sama bertugas sebagai protokol dalam program yang diadakan ini dan beberapa orang MGP juga turut hadir sebagai peserta.  Insyaallah kami akan istiqamah dalam gerak kerja pendidikan dan dakwah ini.

Sunday, March 7, 2010

KONVENSYEN GURU-GURU WANITA ISLAM MALAYSIA

salam,
sahabat2 semua, satu konvensyen guru-guru wanita Islam Malaysia akan di adakan seperti makluman di bawah:


Tarikh             : 12 Rabi’ul Akhir 1431H bersamaan 28 Mac 2010 (Ahad)
Masa               : 8.00 pagi hingga 5.00 petang
Tempat           : Dewan Perpustakaan Raja Tun Uda
 Persiaran Bandaraya, Shah Alam, Selangor     
Anjuran          : Lajnah Pendidikan Dewan Muslimat PAS Pusat dengan kerjasama
 Lajnah Pendidikan Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor
Sasaran Peserta:
1) Ketua dan Ahli Jawatankuasa Kerja Dewan Muslimat PAS Pusat
2) Pengerusi dan Ahli Jawatankuasa Lajnah Pendidikan Dewan Muslimat
    PAS Negeri / Wilayah Persekutuan atau Wakil
3) Guru-guru di bawah Institusi Pendidikan yang dimiliki oleh Ahli PAS
4) Guru-guru di bawah Institusi Pendidikan yang dimilik oleh NGO (seperti
  JIM, ABIM dll)
5) Guru-guru di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia
6) Guru-guru Sekolah Agama Rakyat dan Swasta
7) Guru-guru PASTI
Yuran Penyertaan : RM10 seorang

Guru kanan harap dapat maklumkan kepada guru-guru PASTI cawangan masing2 dan beri nama, no kad pengenalan dan no tel peserta segera.

Harap maklum dan ambil tindakan. 

terima kasih

Wednesday, February 24, 2010

40 kesilapan mendidik anak

oleh Dr. Hassan Ali

1. Pemilihan jodoh tanpa memperhitungkan mengenai zuriat
2. Perhubungan suami isteri tanpa memperhitungkan mengenai zuriat
3. Kurang berlemah lembut terhadap anak-anak
4. Memaki hamun sebagai cara menegur kesilapan anak-anak
5. Tidak berusaha mempelbagaikan makanan yang disajikan kepada anak-anak
6. Jarang bersama anak-anak sewaktu mereka sedang makan
7. Melahirkan suasana yang kurang seronok ketika makan
8. Membeza-bezakan kasih sayang terhadap anak-anak
9. Kurang melahirkan kasih sayang
10. Sering mengeluh di hadapan anak-anak
11. Tidak meraikan anak-anak ketika mereka pergi dan pulang dari sekolah
12. Tidak mengenalkan anak-anak dengan konsep keadilan
13. Tidak memberatkan pendidikan agama di kalangan anak-anak
14. Tidak terlibat dengan urusan pelajaran anak-anak
15. Tidak memprogramkan masa rehat dan riadah anak-anak
16. Tidak menggalakkan dan menyediakan suasana suka membaca
17. Mengizinkan anak-anak menjamah makanan dan minuman yang tidak halal
18. Tidak menunjukkan contoh tauladan yang baik di hadapan anak-anak
19. Jarang meluangkan masa untuk bergurau senda dengan anak-anak
20. Terdapat jurang komunikasi di antara ibubapa dengan anak-anak
21. Tidak menggunakan bahasa yang betul
22. Suka bertengkar di hadapan anak-anak
23. Sentiasa menunjukkan muka masam di hadapan anak-anak
24. Tidak membimbing anak-anak supaya mematuhi syariat
25. Memberi kebebasan yang berlebihan kepada anak-anak
26. Terlalu mengongkong kebebasan anak-anak
27. Tidak menunaikan janji yang dibuat terhadap anak-anak
28. Tidak menunjukkan minat kepada aktiviti anak-anak
29. Tidak memupuk semangat membaca di kalangan anak-anak
30. Tidak berminat melayan pertanyaan atau kemusykilan anak-anak
31. Tidak memberi perhatian terhadap buah fikiran anak-anak
32. Lambat memberi penghargaan kepada anak-anak
33. Kerap meleteri sesuatu kesilapan yang dilakukan anak-anak
34. Hukuman yang tidak setimpal dengan kesalahan yang dilakukan
35. Sering mengancam dan menakutkan anak-anak
36. Menghukum tanpa menyatakan kesalahan yang dilakukan
37. Tidak konsisten dalam menjatuhkan hukuman ke atas anak-anak
38. Memberi nasihat yang sama kepada anak-anak
39. Tidak tegas mendidik anak-anak
40. Tidak menggalakkan anak-anak hidup bekerjasama

Sunday, February 21, 2010

Kursus K4T

 sumber: http://pastinegeriselangor.blogspot.com/
Pada 19-21 Febuari 2010 yang lepas seramai 48 orang guru PASTI Selangor telah mengikuti kursus Kelas 4 Tahun (K4T). Kursus tersebut dianjurkan oleh Unit Kurikulum PASTI Pusat bertempat di pejabat PASTI Pusat, Gombak. Kursus ini merupakan kursus pengenalan bagi membantu guru dalam pengajaran pelajar 4 tahun. Antara pengisian kursus K4T ialah penerangan tentang keperlan pendidikan awal kanak-kanak, teori pembelajaran kanak-kanak, kurikulum K4T, dan konsep K4T. InsyaAllah akan ada kursus seperti ini yang akan dibuat berperingkat untuk setiap negeri.

Peserta diberi pendedahan melalui ceramah
Peserta menjalankan aktiviti dalam kumpulan

MGP Kawasan Puchong turut menghantar 5 orang guru ke kursus K4T ini.

Saturday, February 13, 2010

Pertandingan Mencipta Logo Expasti Negeri Trengganu

Oleh najmuddin

maklumat lanjut layari:
http://expastitrg.blogspot.com/

Thursday, February 11, 2010

Maklumat Pasti Cawangan Seluruh Negeri Selangor