BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS �

Tuesday, November 9, 2010

Majlis Kecemerlangan Pasti Puchong

Pasti kawasan Puchong telah memberi ulasan tentang MKP Puchong. boleh baca di sini

Saya hanya ingin memaparkan gambar MGP di hari kejadian.

Mesyuarat khas persiapan Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar diwaktu pelajar yang mengambil peperiksaan setara sedang berlangsung.



Sewaktu persiapan petang sabtu 6 Nov 2010









Monday, November 1, 2010

Lawatan Ke Zoo Melaka

Dari blog pastikawasanpuchong

Alhamdulillah pada 30 Okt 2010 Sabtu 3 PASTI dari kawasan Puchong iaitu Pasti Bestari, Pasti Al Mawardi dan Pasti As-Syifaa' telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Zoo Melaka.  Seramai 37 pelajar dan 14 orang guru telah bersama dalam program ini. Pelajar mula berkumpul jam 7.30 pagi dan kami kami tiba dari Melaka jam 8.15pm.  Banyak pengalaman menarik sepanjang berada di sana. Terima kasih kepada cikgu Ila dari Pasti Ainul Mardhiah yang bersama membantu menjaga palajar.












Friday, October 29, 2010

Hari Bakat Pasti Puchong

Info tentang Hari Bakat Puchong telah dimasukkan dalam link http://pastikawasanpuchong.blogspot.com/.  Jadi di sini saya hanya nak masukkan gambar-gambar mgp di hari kejadian.

Sebelum saya ditegur, saya nak minta maaf sebab saya tak banyak gambar guru2 dari PASTI lain, gambar2 ini saya ambil dari facebook Shaauzi. guru2 yang ada gambar boleh emel pada saya di sahabat_pu@yahoo.com.

Tuesday, September 28, 2010

Majlis Sambutan Pasti Al Firdaus

Majlis Hari Raya Pasti Al Firdaus telah diadakan pada 26 Sept 2010 Sabtu.  Saya hanya sempat menghadiri majlis tersebut hanya sekejap sebelum ke majlis Hari Raya Pakatan Rakyat Puchong di sini

SAMBUTAN MAJLIS AIDIL FITRI ANAK-ANAK 3P

Pada pagi Jumaat, 24 September 2010, suasana meriah di 3P diwarnai oleh pelajar-pelajar yang berpakaian raya, lelaki berbaju melayu sementara perempuan berbaju kurung atau jubah  pelbagai warna dan gaya ditambah lagi dengan juadah kuih muih raya yang pelbagai.  Guru-guru 3P juga tidak mahu ketinggalan menggayakan baju raya masing-masing.

Awal pagi lagi pelajar-pelajar telah sampai dengan berbaju raya untuk Majlis Aidil Fitri Anak-anak 3P.  Hari sebelum itu kebanyakan mereka telah mewar-warkan baju apa yang dipakai mereka pada Jumaat itu. Seorang dua yang terlupa memakai baju raya pun, alhamdulillah, akhirnya dihantarkan oleh ibubapa mereka baju melayu masing-masing.

Di majlis tersebut juga pelajar-pelajar yang menyambut ulangtahun hari lahir pada bulan Ogos dan September turut diraikan. Kali ini sambutan bersama, almaklum, bulan Ogos jatuh pada bulan Ramadhan, bulan puasa - tiada sambutan ulangtahun harilahir.

Insyaallah, Majlis Rumah Terbuka 3P dan PAS Cawangan Putra Permai akan berlangsung pada hari Sabtu, 2 Oktober 2010.  Semua dijemput hadir.

Ikuti gambar-gambar yang sempat diambil pada majlis tersebut:

Selepas Amali Solat, semua jamaah saling bersalaman dan bermaafan
Puan Hasnah yang baru tiba dikerumuni warga kecil 3P

 

Majlis Hari Raya Pasti As Syifaa

24 Sept 2010 Jumaat baru2 ini Pasti As Syifaa telah mengadakan majlis Hari Raya bersama pelajar dan guru-guru Pasti As-Syifaa sahaja.  Bermacam  juadah yang telah dibawa oleh para pelajar, seorang sedikit sehingga penuh meja.  Adik Aliah Noraisyah dan adik Arfa Zulaikha telah membawa kek yang istimewa.  

Pelajar juga telah diberi sedikit duit raya oleh pihak Pasti As-Syifaa.  Walaupun tidaklah banyak mana tp ianya amat bermakna kepada pelajar.  tergambar kegembiraan di wajah mereka.




Saturday, August 7, 2010

Usrah MGP bulan Ogos

7 Ogos 2010, MGP Kawasan Puchong telah mengadakan usrah yang diberi tajuk persediaan menghadapi Ramadhan.  Naqibah pada kali ini adalah ustazah Salimah sa'in iaitu ajk mgpns.  Banyak ilmu yang telah kami perolehi dari dari ceramah/ tazkirah yang telah disampaikan. Cikgu Rusilawati juga telah mengadakan acara potong kek sempena hari lahirnya yang jatuh pada 5 Ogos 2010.  Selamat Hari Lahir Ila, semoga cepat dapat jodoh, semoga murah rezeki, sihat dan gembira sentiasa.