Info tentang Hari Bakat Puchong telah dimasukkan dalam link http://pastikawasanpuchong.blogspot.com/. Jadi di sini saya hanya nak masukkan gambar-gambar mgp di hari kejadian.
Friday, October 29, 2010
Hari Bakat Pasti Puchong
Dihantar oleh: kalam cyber at Friday, October 29, 2010 0 comments
Tuesday, September 28, 2010
Majlis Sambutan Pasti Al Firdaus
Majlis Hari Raya Pasti Al Firdaus telah diadakan pada 26 Sept 2010 Sabtu. Saya hanya sempat menghadiri majlis tersebut hanya sekejap sebelum ke majlis Hari Raya Pakatan Rakyat Puchong di sini
Dihantar oleh: kalam cyber at Tuesday, September 28, 2010 0 comments
SAMBUTAN MAJLIS AIDIL FITRI ANAK-ANAK 3P
Pada pagi Jumaat, 24 September 2010, suasana meriah di 3P diwarnai oleh pelajar-pelajar yang berpakaian raya, lelaki berbaju melayu sementara perempuan berbaju kurung atau jubah pelbagai warna dan gaya ditambah lagi dengan juadah kuih muih raya yang pelbagai. Guru-guru 3P juga tidak mahu ketinggalan menggayakan baju raya masing-masing.
Awal pagi lagi pelajar-pelajar telah sampai dengan berbaju raya untuk Majlis Aidil Fitri Anak-anak 3P. Hari sebelum itu kebanyakan mereka telah mewar-warkan baju apa yang dipakai mereka pada Jumaat itu. Seorang dua yang terlupa memakai baju raya pun, alhamdulillah, akhirnya dihantarkan oleh ibubapa mereka baju melayu masing-masing.
Di majlis tersebut juga pelajar-pelajar yang menyambut ulangtahun hari lahir pada bulan Ogos dan September turut diraikan. Kali ini sambutan bersama, almaklum, bulan Ogos jatuh pada bulan Ramadhan, bulan puasa - tiada sambutan ulangtahun harilahir.
Insyaallah, Majlis Rumah Terbuka 3P dan PAS Cawangan Putra Permai akan berlangsung pada hari Sabtu, 2 Oktober 2010. Semua dijemput hadir.
Ikuti gambar-gambar yang sempat diambil pada majlis tersebut:
Dihantar oleh: kalam cyber at Tuesday, September 28, 2010 0 comments
Majlis Hari Raya Pasti As Syifaa
Dihantar oleh: kalam cyber at Tuesday, September 28, 2010 0 comments
Saturday, August 7, 2010
Usrah MGP bulan Ogos
7 Ogos 2010, MGP Kawasan Puchong telah mengadakan usrah yang diberi tajuk persediaan menghadapi Ramadhan. Naqibah pada kali ini adalah ustazah Salimah sa'in iaitu ajk mgpns. Banyak ilmu yang telah kami perolehi dari dari ceramah/ tazkirah yang telah disampaikan. Cikgu Rusilawati juga telah mengadakan acara potong kek sempena hari lahirnya yang jatuh pada 5 Ogos 2010. Selamat Hari Lahir Ila, semoga cepat dapat jodoh, semoga murah rezeki, sihat dan gembira sentiasa.
Dihantar oleh: kalam cyber at Saturday, August 07, 2010 2 comments
Friday, July 2, 2010
Pujuk Anak Buat Kerja Sekolah
Lagi memeritkan, kitalah yang harus duduk bersama-sama semasa membuat kerja sekolah sehingga kerja-kerja rumah lain tergendalam. Lagi teruk apabila ibu atau bapa yang menyelesaikannya kerana anak-anak langsung tidak faham atau mengantuk.Dihantar oleh: kalam cyber at Friday, July 02, 2010 0 comments
Thursday, July 1, 2010
PASTI Selangor Terima Anugerah PASTI Terbaik Malaysia

10 Jun 2010 – Buat kesekian kalinya, PASTI Selangor sekali lagi menerima anugerah PASTI Terbaik Malaysia. Penganugerahan tersebut disempurnakan oleh Ketua Pemuda PAS, Ustaz Nasruddin Hassan.

Ia diumumkan oleh Pengerusi Tetap Muktamar Pemuda PAS, Ustaz Misbahul Munir Pusat ke-51 yang sedang berlansung di Kelantan Trade Centre (KTC).
PemudaGombak.com dan seluruh Pemuda PAS Gombak mengucapkan tahniah atas penganugerahan tersebut dengan harapan ia menjadi pemangkin semangat PAS Selangor untuk meningkatkan prestasi pada masa hadapan!
Dihantar oleh: kalam cyber at Thursday, July 01, 2010 0 comments
























